gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Oasis Sindir ‘Kiss Cam’ Coldplay: “Jangan Risau Kami Tiada Kamera”
VIRAL
Influencer 'Terberenang' Dalam Air Kumbahan Di Cape Town! - "Alamak! Saya Dah Buat Silap"
HIBURAN
"Gangguan Pandangan Mata, Iri Hati, Dengki Memang Wujud" - Wawa Zainal
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Perjumpaan G*y: "Tiada Penglibatan NGO, Klinik Kesihatan Atau KKM" – Ketua Polis Kelantan

Gempak
Gempak
22/07/2025
18:33 MYT
Sponsor Banner
Perjumpaan G*y: "Tiada Penglibatan NGO, Klinik Kesihatan Atau KKM" – Ketua Polis Kelantan
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menegaskan bahawa serbuan yang dijalankan melibatkan perjumpaan tertutup kumpulan gay di Kemumin, Kota Bharu, baru-baru ini berasaskan maklumat risikan dan bukti yang sah, tanpa sebarang niat diskriminasi.
Menurut beliau, hasil risikan juga didapati jemputan kepada program ini tidak menyatakan sebarang penglibatan atau penganjuran daripada mana-mana badan rasmi seperti badan bukan kerajaan (NGO), Klinik Kesihatan atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Tujuan utama pihak kami (polis) berbuat demikian adalah menjaga ketenteraman awam dan juga nilai moral masyarakat.
"Maklumat yang dterima oleh polis Kelantan mendapati satu perjumpaan dan pesta gay akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, hasil risikan dan temubual awam yang dijalankan oleh Pasukan 'Task Force' Polis Kelantan mendapati jemputan ke program itu dibuat melalui aplikasi WhatsApp dalam kumpulan tertentu.
"Kandungannya tertulis...Salam uols. Dijemput semua dalam group ni untuk hadir PROGRAM GATHERING KOMUNITI. Majlis Malam Mesra Komuniti & SANTAI-SANTAI bersama di sebuah rumah inap
"Tarikh: Selasa - 17/6/2025, Masa: 8.30 mlm - 11 mlm. Tema: Sopan2. Acara: _Chill² membawang dan makan². Please KONFIRMASIKAN dulu NAMA ANDA DALAM LIST UNTUK HADIR...Thanks," katanya.
Mohd Yusoff memberitahu, tiada sebarang maklumat yang menunjukkan program ini mendapat kelulusan atau pemantauan daripada mana-mana pihak berautoriti.
Tambah beliau, pada hari kejadian Pasukan Task Force telah memantau di kediaman tersebut sejak jam 5 petang dan pada sekitar 8 malam didapati kehadiran telah meningkat seramai lebih kurang 100 orang dikesan hadir di lokasi tersebut dengan aktiviti makan dan sembang-sembang santai.
"Dalam sekitar jam 11 malam, didapati majoriti pengunjung telah meninggalkan lokasi terbabit.
"Pasukan serbuan telah mengambil langkah berjaga-jaga dan hanya menjalankan tindakan sekitar jam 1 pagi pagi bagi memastikan operasi berjalan lancar tanpa risiko kepada keselamatan awam.

"Semasa serbuan dijalankan, pihak polis mendapati seramai 20 orang lelaki berada di premis berkenaan dan mereka mengaku merupakan komuniti gay," katanya.

Beliau memberitahu, semasa serbuan dijalankan juga, didapati tiada wakil dari pegawai NGO, atau wakil mana-mana agensi kesihatan kerajaan hadir termasuk pihak KKM.
Menurut Mohd Yusoff, hasil dokumentasi yang kita jalankan ke atas 20 orang ini didapati 18 orang berasal dari Kelantan, Perak (1) dan Besut, Terengganu (1) yang merupakan pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) di sini.
"Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit kesemua mereka ini mendapati tiga daripada mereka memiliki video lucah melibatkan hubungan sesama jenis.

"Sebahagian daripada mereka juga mengaku pernah melibatkan diri dalam aktiviti seks sejenis. Ketiga-tiga lelaki yang memiliki bahan lucah tersebut telah dituduh di bawah seksyen 292 kanun keseksaan dan telah mengaku bersalah dan membayar denda sebanyak RM 3,000 hingga RM4,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 20 Julai," katanya.

Tambah Mohd Yusoff, serbuan tersebut juga pihak Task Force telah menemui beratus kondom dan beberapa kotak ubat HIV di dalam bilik premis terbabit.
Kata beliau, dengan penjelasan ini diharap dapat menepis kekeliruan serta spekulasi yang tular.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa demi keharmonian negeri ini," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Viral
#Gay
#Kelantan
#Polis
#KKM
#HIV
#Outreach
#Perjumpaan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement