,
Laman Utama

Period Spot Checks Unsur Gangguan Seksual, Salah Di Sisi Undang-Undang

Mya Amri
24/04/2021
07:50 MYT
Perbuatan ‘period spot checks’ yang berlaku di sekolah-sekolah awam di Malaysia merupakan pelanggaran terhadap hak kanak-kanak dan menyalahi undang-undang.
Menurut Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, hal ini kerana wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.
“Selaras dengan Perkara 28 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (UNCRC) yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995, adalah wajib untuk memastikan sekolah melaksanakan disiplin selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak.
Di bawah Konvensyen yang sama, Perkara 16, 19 dan 36 masing-masing menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk privasi, perlindungan daripada penyalahgunaan, keganasan, dan pengabaian dan perlindungan daripada segala bentuk eksploitasi lain yang merangkumi eksploitasi seksual dan gangguan seksual,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Noor Aziah, Suhakam mengingatkan Kementerian Pendidikan Malaysia tentang tanggungjawabnya untuk melindungi semua kanak-kanak atau pelajar dari segala bentuk gangguan dan eksploitasi seksual, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 34 CRC.
Katanya, kementerian diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru dan pihak sekolah yang telah melanggar hak dan maruah kanak-kanak sebelum ini.
“Guru yang telah melakukan perbuatan tersebut hendaklah didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atau Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Garis panduan mendisplinkan pelajar yang lebih jelas mesti diperkenalkan untuk memastikan tindakan guru yang menyalahguna kuasa tidak berulang,” jelasnya.
Ujar Noor Aziah, semua guru seringkali diingatkan akan tugas mereka sebagai pendidik, dan mereka tidak boleh memberi layanan buruk dan mengganggu pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran.
“Amat penting bagi Malaysia untuk mewujudkan dan memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk generasi masa hadapan kita.
“Suhakam menyeru semua kementerian dan pihak berkepentingan, termasuk ibu bapa dan guru untuk bersama-sama memastikan semua sekolah dan sekolah berasrama penuh seumpamanya, menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak pada setiap masa,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

gempak
10/09/2024
04:29 MYT
Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.
Terkini

Pemandu Bas Rakam Video Murid Sekolah Direman Lima Hari

gempak
06/09/2024
05:55 MYT
Pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video penumpang bas dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangan', direman lima hari bermula hari ini.
Viral

Budak Lelaki Guna Besen Ulang-Alik Ke Sekolah Jentik Hati Netizen - "Kasihannya, Tolonglah Mereka..."

gempak
03/09/2024
13:38 MYT
Kecekalan seorang budak lelaki ke sekolah dengan menaiki sebiji besen mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menguji kesungguhan dan semangat kanak-kanak lelaki berkenaan.