Advertorial
Perhatian Peminjam PTPTN, Istimewa Untuk Anda! Nikmati Insentif Diskaun Bayaran Balik Pinjaman Melalui Belanjawan 2024
Merujuk Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia pada 13 Oktober 2023, nampaknya pelbagai insentif telah diberikan kepada masyarakat Malaysia termasuklah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ha pasti ramai teruja bila dengar tentang perkara ni kan dan tertanya-tanya apa keistimewaan yang diberikan tu?
#Pinjaman Pendidikan
Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), PTPTN adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memastikan tidak ada pelajar yang dinafikan atau tercicir untuk meneruskan pengajian ke menara gading disebabkan oleh masalah kewangan.
Atas dasar itu, PTPTN terus komited bertindak sebagai dana pendidikan yang menyediakan pinjaman pendidikan dan membantu ibu bapa memulakan simpanan untuk masa depan anak-anak termasuk menggalakkan budaya menyimpan.
Jadi faktor utama yang menyebabkan seseorang bertindak untuk mengambil pinjaman pendidikan adalah kerana mahu menampung kos pengajian pembelajaran dan juga sara hidup.
Tidak kiralah sama ada individu tersebut merupakan pelajar IPTA atau IPTS.
Pinjaman pendidikan ini korang perlu membayar balik selepas tamat pengajian tapi jangan khuatir, ada keistimewaannya.
#Insentif Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 seperti berikut:
1. Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
2. Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
3. Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
#Siapakah yang layak menerima diskaun?
Semua peminjam yang masih mempunyai baki hutang pinjaman termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) layak mendapat insentif ini.
Kaedah pelaksanaan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN adalah seperti berikut:
1. Peminjam yang ingin membuat penyelesaian penuh pinjaman atau sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang perlu memohon pengesahan baki pinjaman sama ada melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik melalui saluran bayaran yang telah disediakan.
2. Peminjam yang sedang membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji atau debit terus juga layak secara automatik mendapat diskaun 15 peratus tertakluk kepada bayaran balik yang diterima oleh PTPTN mulai 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.
3. Peminjam yang ingin membuat potongan gaji atau debit terus (Direct Debit) pula boleh membuat permohonan melalui aplikasi myPTPTN (https://taplink.cc/myptptn) atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.
Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini.
Barulah korang boleh nikmati diskaun setiap bulan sehingga 31 Mac 2024.
Mudah, cepat dan selamat. Why not rebut peluang ni guys.
Maklumat lanjut: https://www.ptptn.gov.my/pelaksanaan-insentif-diskaun.../
*Tertakluk kepada terma dan syarat*
#Hubungi Barisan Hadapan PTPTN Yang Sedia Membantu
PTPTN sentiasa membuka peluang kepada semua peminjam yang mempunyai masalah untuk datang berunding dengan PTPTN melalui #PTPTNSediaBantu. Jangan malu atau segan, PTPTN sentiasa mengalu-alukan kedatangan peminjam untuk berunding dengan PTPTN jika terdapat sebarang permasalahan.
Peminjam juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau mengenai pembayaran pinjaman mereka melalui 5 saluran di bawah:
1. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000, (Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang).
2. Live Chat di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my)
3. Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn)
4. e-AduanPTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my)
5. Media sosial (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)
Jom guys!! Rebutlah peluang insentif diskaun ini segera kerana tempoh promosi sehingga 30 Mac 2024.
Must-Watch Video