,
Gaya Hidup

Pergi Melancong, ‘Expectation’ vs Realiti! – Siapa Pernah Lalui?

Fiza Kamarudin
31/08/2019
14:30 MYT
Apabila kita merancang untuk pergi melancong, perkara pertama yang kita bayangkan sudah tentu tempat-tempat menarik yang bakal kita kunjungi.
Tapi, bukan semua yang kita harapkan itu akan terlaksana dengan baik kan? Contohnya, kita berharap untuk mendapatkan foto yang terbaik dan menarik seperti yang dikongsi oleh orang lain di laman sosial…
Namun, hakikatnya? Indah khabar dari rupa! Hujung-hujung, kita pula rasa sakit hati dan menyesal menjejakkan kaki ke tempat tersebut.
Jadi, tak ada apa yang lebih mengecewakan apabila realiti diharapkan terhadap destinasi yang dituju tidak sama langsung dengan apa yang dibayangkan.
Ini antara ‘expectation vs realiti' yang biasa berlaku. Oleh itu, rancanglah percutian anda dan selidik dahulu tempat yang ingin dituju.
#1 'Selfie' di Tembok Besar Negeri Cina Siapalah yang tak teringin menjejakkan kaki di tempat yang tersenarai sebagai 'tujuh benda ajaib dunia'...Dalam gambar nampak tenang (gambar kiri), hakikatnya? Nak selfie? Jangan harap! (gambar kanan)
#2 Piknik dengan orang tersayang berlatar belakangkan Eiffel Tower Sebelum bertolak ke Paris, di mata sudah membayangkan suasana romantis piknik bersama suami tersayang sebagai salah satu itenari bulan madu. Tapi...lain pula yang jadi bila padang hijau dipenuhi dengan umat manusia sampai sehelai rumput pun tak nampak!
#3 Mencari ketenangan dengan menaiki Gondola di VeniceBayangan suasana romantis sambil menikmati ketenangan menaiki gondola? Mungkin anda terlalu banyak tengok drama!
#4 Berehat di Pulau Maldives yang cantik dan mendamaikanKawan-kawan kata kalau nak menikmati keindahan pulau, laburlah duit sikit dan pergi ke Maldives. Tapi, cuba bayangkan pantai yang cantik bertukar menjadi 'nightmare' macam dalam gambar sebelah kanan tu? Urgh! Oleh itu, sentiasalah jadi manusia yang bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar kita.
#5 Beriadah bersama keluarga di taman tema air Siapa pernah mengalami pengalaman macam ni. Kita membayangkan dapat meluangkan masa bersama anak-anak di taman tema dengan gembira dan tenang. Tapi bila sampai....adoi! rasa nak patah balik! Layari www.etravelfair.com.my untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelancongan yang ditawarkan. Senarai rasmi pakej dan harga akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar