,
Hiburan

Perempuan Kelek Anak Rayu Ziarah Kubur Abam Pukul 10.30 Malam... "Tolonglah Pak Cik, Saya Datang Dari Jauh"

Amri Hassan
11/02/2020
22:41 MYT
"Seorang perempuan membawa anaknya naik motor, merayu untuk masuk ziarah kubur Abam," demikian kata-kata penjaga kubur yang dikongsi oleh Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek ketika menziarah kubur Allahyarham Abam Bocey semalam.
Kata Ustaz Hanafiah, kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam semalam ketika penjaga kubur mahu pulang ke rumah.
Ketika mahu menutup pagar, dia didatangi seorang wanita bersama anaknya menaiki motosikal.
Memandangkan pada waktu tersebut tiada lampu di kawasan perkuburan, penjaga kubur terus membawa wanita bersama anaknya itu menziarah kubur Abam.
Bertanya kepada wanita itu tujuan kehadirannya ke kubur, dia menceritakan kebaikan yang mana sepanjang hayatnya, Allahyarham menampung segala perbelanjaan sekolah anak-anaknya.
Tambah Ustaz Hanafiah itulah kelebihan bersedekah apabila ramai mengingati kebaikan kita ketika tiada lagi di dunia.
Beliau juga sempat berkongsi pengalaman ketika solat jenazah Allahyarham Mr Os dan Pak Yus apabila ramai menghadiri pemergian mereka seperti mana pemergian Abam.
Katanya, beliau meminta masyarakat mencontohi kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarham iaitu bersedekah kerana jika kematian itu berlaku, amalan dan persiapan itu adalah bekalan yang akan dibawa.
"Mereka pelawak, kebaikan mereka yang disembunyikan yang kita tak tahu. Selepas kematian mereka baru tahu mereka rajin bersedekah.
"Sedekah ni satu benda yang Allah gembira," katanya.
Sehingga kini, video terbabit telah ditonton oleh lebih 80,000 kali.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia pada Isnin akibat demam panas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.