,
Laman Utama

"Perempuan Boleh Buat Apa Saja Lelaki Boleh" - Jack Neo Sambung Sekuel Ah Girls Go Army

Amri Hassan
28/06/2022
10:35 MYT
Pengarah filem Singapura, Jack Neo, meluahkan rasa teruja apabila naskhah sekuel arahannya, Ah Girls Go Army Again (AGGA) menerima sambutan yang baik di tanah airnya dan juga di Malaysia.
Malah, kata Jack, dia lebih bersemangat untuk mengetahui respons penonton kerana kini semua pawagam telah beroperasi seperti biasa dan penonton juga berpeluang menyaksikan filem tersebut setelah dunia melepasi fasa pandemik kini.
“Saya tak menolak bahawa pandemik ini sangat mengganggu industri perfileman di Singapura dan Malaysia. Jadi apabila kini semua pawagam telah beroperasi, penonton pun boleh menyaksikannya di pawagam, saya rasa lebih bersemangat.
“Satu lagi, niat asal saya untuk membuat filem AGGA juga adalah untuk menunjukkan bahawa perempuan pun boleh melakukan apa sahaja yang lelaki boleh.
“Saya mahu menyebarkan unsur positif melalui filem di dalam kegawatan pandemik ini dan saya ingin beritahu semua orang 'Jangan Berputus Asa',”katanya.
Selain itu, mengenai penghasilan filem AGGA, dia juga telah lama mengidamkan agar filem tersebut dijadikan sekuel kerana untuk naskhah tersebut, amat sukar untuk cuma menjadikannya sebuah filem semata.
“Saya suka bercerita dan apabila saya mula menulis skrip untuk filem ini, saya mempunyai banyak idea menarik dan ingin dimasukkan ke dalam skrip. Entah kenapa dari satu filem, ia menjadi dua.
“Saya begitu teruja untuk berkongsi dan mereka yang telah menonton filem pertama mesti setuju bahawa sekuel ini lebih baik. Jadi sila tonton kedua-dua Ah Girls!”katanya.
Sementara itu, Jack juga amat teruja kerana barisan pelakon utama dapat mempromosikan filem itu bersama-sama sebagai satu pasukan di Malaysia sejak penayangannya yang bermula pada 23 Jun 2022 di semua pawagam di negara ini.
Dalam pada itu, menjawab kepada soalan mengenai kejayaan filem yang akan ditayangkan, Jack seakan memberi bayangan bahawa mungkin akan ada penghasilan AGGA yang ketiga.
“Filem pertama merupakan satu proses persediaan dan penonton perlu menyaksikan filem kedua ini untuk mengetahui keseluruhan jalan cerita. Filem ketiga akan menyusul sekiranya ia mendapat sambutan yang memberangsangkan!”katanya.
Untuk info, sekuel ini akan meneruskan lagi tema sekumpulan rekrut wanita khas (Ah Girls) yang pertama di Singapura.
Gara gara tindakan Sarjan Chow (Glenn Yong) yang menyebabkan salah faham telah membuatkan kumpulan itu menentang lebih ramai penjahat tentera. Dalam menghadapi cabaran ini, mereka telah membina satu hubungan yang kuat dan matang.
Leftenan Roxanne Tan (Apple Chan) pula menyulitkan lagi hubungan Joey dan teman lelakinya. Mereka terpaksa menempuh onak duri dalam perjalanan GBMT mereka, yang akhirnya membawa kepada situasi merbahaya dan tindakan mereka akan mengejutkan negara.
Filem AGGA diterbitkan oleh mm2 entertainment, Mega Films Distribution, dan Infinity Resources dan turut membintangi naskhah ini ialah Tosh, Joshua, Noah, Hafiz Aziz, serta selebriti internet Mr Brown dan juga Pengarah Jack Neo sendiri.
Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.