HIBURAN
Pereka Ivan Gunawan Dakwa Dikelilingi Malaikat Berupa Manusia Sewaktu Tunai Haji
Kemuncak ibadat haji 1446 Hijrah baru diraikan. Bagi jemaah haji di seluruh dunia, mereka pulang dengan 1,001 kenangan manis kerana telah berkesempatan menunaikan salah satu rukun Islam tersebut.
Antara selebriti Indonesia yang selesai menunaikan haji adalah pereka busana dan hos terkenal, Ivan Gunawan.
Ivan diketahui kerap berkongsi perkembangan sejak perjalanan awal dirinya menunaikan haji.
Dan terkini, setelah rasmi bergelar Haji Ivan, lelaki tersebut melahirkan rasa syukur kerana perjalanan rohani yang dilaluinya sangat lancar sejak awal.
Ivan juga mendakwa dirinya telah dikelilingi malaikat yang wujud dalam bentuk manusia sepanjang menunaikan haji.
“Alhamdulillah, sambil menatap ke masa depan. Ingin bersyukur kepada Allah atas nikmat haji yang engkau berikan kepadaku. Dari hari pertama sampai akhir Engkau memberikan kebahagiaan untukk.”
"Pendaftaran, persiapan, keberangkatan sampai pelaksanaan haji kali ini sungguh mudah, dikelilingi malaikat berwujud manusia yang berada di sekitar saya," tulis Ivan di akaun Instagramnya seperti dilaporkan InsertLive.
Menerusi perkongsian sama, Ivan juga memasang impian menjadi manusia yang lebih baik selepas menunaikan haji.
"Semoga ibadah saya bisa diterima ya Allah, diberikan perubahan yang positif, dimurahkan rezekinya, diberikan hidayah ya Allah,”doa Ivan.
Selain Ivan beberapa selebriti yang turut selesaikan menunaikan haji adalah penyanyi Afgan.
Must-Watch Video