,
Laman Utama

Pereka Fesyen Vivienne Westwood Meninggal Dunia, Ini 5 Rekaan Ikonik Yang Jadi Bualan Hangat!

Amri Hassan
30/12/2022
15:40 MYT
Pereka fesyen legenda Dame Vivienne Westwood meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Menurut satu kenyataan di akaun media sosial rasminya, mendiang meninggal dunia sebentar tadi di Clapham, England dikelilingi ahli keluarganya.
"Vivienne Westwood meninggal dunia hari ini, dengan tenang dan dikelilingi oleh keluarganya, di Clapham, London Selatan.
"Dunia memerlukan insan seperti Vivienne untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik," tweet butik fesyennya.
Suami dan rakan kreatifnya Andreas Kronthaler berkata: "Vivienne akan sentiasa tersemat di hati saya.
"Kami telah bekerja sehingga ke akhir dan dia telah menyediakan segalanya buat saya.
"Terima kasih, sayang," tulis Kronthaler.
Dame Vivienne mencipta kemasyhuran pada era 1970-an apabila membawa fesyen punk ke arus perdana dengan membuka butik di King's Road London bersama pengurus Sex Pistols Malcolm McLaren.
Mendiang kemudian menubuhkan jenama fesyen global dengan rangkaian butik yang kini beroperasi di United Kingdom, Perancis, Itali, Amerika Syarikat dan Asia.
Pereka kelahiran Cheshire juga terkenal kerana berkempen mengenai isu seperti pencemaran dan perubahan iklim, dan menyokong pengasas WikiLeaks Julian Assange.
Vivienne diingati setelah menghasilkan beberapa rekaan ikonik antaranya sut tweed, kemeja-t berslogan dan 'mini-crini' (gabungan crinoline ala era Victorian dan skirt mini).
Beberapa momen di pentas runway juga menjadi ingatan ramai terutamanya pada tahun 1993, yang mana Naomi Campbell terjatuh ketika menyarung persalinan mendiang ketika di Paris, Perancis.
Pada 2021, Dua Lipa pernah menyarung gaun emas Vivienne ketika di karpet merah serta trenchcoat bendera Union Jack ketika persembahan Brit Awards.
Antara lainnya, Harry Styles pernah menggayakan rekaan Vivienne untuk cover Rolling Stone isu September 2022.
Selain itu, Pamela Anderson juga pernah menjadi bualan menerusi runway di Paris Fashion Show 2009 dengan menyarung toga dress dan dramatik tutu yang terangkat ke atas!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.
Hiburan

Dua Lelaki Tawar Diri Selamatkan Pereka Fesyen Diganggu Ah Long

gempak
04/09/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh dengan isu pereka fesyen didakwa menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long kerana dipercayai berhutang sebanyak RM25,000,.
Hiburan

Miss K: Nampak Glamor, Pereka Fesyen Hampir Gila Kena Kejar Ah Long! - "Baju Berderet, Butik Bersepah"

gempak
28/08/2024
10:25 MYT
Tengah sedap-sedap hirup kopi panas petang tadi, Miss K dapat mesej daripada bestie Miss K, Cik Kuntum Parabola nak sharing gosip.
Hiburan

Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

gempak
27/08/2024
13:55 MYT
Gara-gara hutang, seorang pereka fesyen popular tempatan  berdepan detik cemas apabila dipercayai telah menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long.
Gaya Hidup

Rizman Ruzaini Bayar Naomi Campbell RM3 Juta Untuk Fashion Show Dubai - "Ibaratnya Beli Banglo Cash"

gempak
04/06/2024
15:04 MYT
Pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini mendedahkan pihak mereka membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk mendapatkan peragawati tersohor dunia, Naomi Campbell pada pertunjukan fesyen di Dubai akhir tahun lalu.