,
Gaya Hidup

Pereka Fesyen Sentap Pelakon Wanita Jual Mahal... "Lofa Pun Tak Kekwat Macam Dia"

Amri Hassan
04/08/2020
03:56 MYT
Pereka fesyen Rico Rinaldi terkilan dengan sikap sombong pelakon yang menolak pelawaan untuk menjadi wajah rasminya sempena kempen Hari Raya Aidilfitri 2021.
Dedah Rico, pelakon wanita terbabit menolak pelawaannya dengan angkuh dan menegaskan hanya mengambil tawaran untuk jenama antarabangsa sahaja.
"Setiap tahun saya akan mencari wajah untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri dan saya ada berkenan dengan seorang pelakon ini.
"Memang sekarang banyak pereka antarabangsa mengambil dia untuk reviu barangan tetapi tidak pula melantiknya sebagai duta atau wajah rasmi.
"Sembang punya sembang dia acah-acah tak kenal siapa muse saya sebelum ini dan dia tolak pelawaan saya dengan menegaskan hanya menerima tawaran daripada jenama antarabangsa sahaja," katanya kepada Gempak.
Rico yang sebelum ini pernah berkerjasama dengan selebriti popular tanah air seperti Neelofa, Daiyan Trisha, Ameera Khan, Syafiq Kyle dan Mirafilzah akui terkesan dengan cara pelakon wanita terbabit menolak pelawaannya.
"Mungkin dia nak jaga branding dan nama jadi hanya pilih jenama antarabangsa saja walaupun sebelum ini ada berkerjasama dengan pereka tempatan.
"Benda boleh bincang dan tolak secra baik. Tak payah nak rendahkan standard jenama tempatan.
"Artis sehebat Lofa (Neelofa) pun masih sokong jenama tempatan dan tak kekwat," tambahnya.
Menerusi kemaskini akaun media sosial Rico yang sudah dipadamkan, pelakon wanita yang kini aktif menjadi selebriti media sosial itu menjawabnya dengan ayat berbunyi; 'Sorry I tak buat job untuk local designer, I selalu buat oversea'.
Rico bagaimanapun cuba bersangka baik dan menganggap pelakon itu terlalu sibuk untuk berbincang dengannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.