Laman Utama
Pereka Busana Kontroversi Jasmine Suraya Pernah Buat Baju Untuk Ariana Grande
Nama pelakon Jasmine Suraya tiba-tiba menjadi bualan netizen apabila dia menyarungkan gaun malam yang dikatakan seksi pada Malaysia International Film Festival baru-baru ini.
Sungguhpun ramai yang menghentam pelakon berusia 33 tahun itu kerana rata-rata menyangkakan dia seorang muslim, namun, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Chin Xian Mei tidak pernah mengambil pusing tentang hal berkenaan.
Jasmine berkata, setiap individu berhak melontarkan pendapat mereka dan dia memilih untuk menghormati setiap pandangan dan komen yang diterimanya.
“Saya dah baca setiap komen positif mahupun negatif tentang baju itu. Saya sebenarnya gembira juga bila mendapat banyak pujian dan teruja apabila visi saya dan pereka baju dapat dijayakan dengan terhasilnya gaun yang cukup indah ini”, katanya.
Melanjutkan bicara, Jasmin berkata, gaun rekaan pereka dari China, Ivan Young yang turut pernah menghasilkan busana buat Ariana Grande itu direka khas untuk dirinya dengan harga bernilai hingga puluhan ribu ringgit.
“Gaun ini direka khas untuk saya dan kamu tidak akan dapat lihat ia disarungkan oleh orang lain. Materialnya adalah seratus peratus kain sutera serta butiran hiasannya dijahit dengan tangan.
“Saya sukakan rekaannya yang juga menampilkan helaian cape yang meleret panjang, rasa macam Bollywood princess bila berjalan di atas karpet merah”, kongsi Jasmine lagi.
Dalam perkembangan lain, Jasmine yang lebih tertarik untuk berkongsi tentang karier lakonannya berkata, dia kini bekerja keras untuk menambah baik kemahiran lakonannya.
“I would like to do more diverse and mature roles moving forward. Misi saya mahu bekerjasama dengan ramai penggiat filem tidak kira lokal dan antarabangsa. Saya mahukan naskah yang diluar kotak, yang mungkin sedikit provokasi dengan jalan cerita yang menarik”, kata Jasmine.
Jasmine turut berkongsi yang dia bakal menjayakan sebuah filem yang diterbitkan oleh produksi antarabangsa tidak lama lagi, namun dia tidak boleh mendedahkannya lebih lanjut.
Must-Watch Video