,
Laman Utama

Perbincangan Dengan Bekas Rakan Usahasama Selesai Cara Baik, 4 Cawangan BubbleBee Dibuka Semula

Fiza Kamarudin
20/11/2020
03:00 MYT
Pengeluar produk minuman BubbleBee mengumumkan bakal membuka semula empat cawangan di Ampang, Sentul, Sungai Buloh dan Senawang pada 23 November ini selepas proses pengambilalihan selesai.
Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd (Bubblebee), Datuk Ismail Abdul Rahman berkata, keempat-empat cawangan tersebut diambil alih operasi oleh ibu pejabat Bubblebee serta tiada kaitan lagi dengan rakan usahasama yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Sebelum ini usahasama Bubblebee di empat cawangan tersebut melibatkan usahawan vape terkemuka Mohamad Hafizzi iaitu pengasas House of Vape bersama pasangannya Nikruasma Nik Ruzi atau lebih dikenali di Instagram sebagai @babyanamoi serta Azman Arshad dari Taikun Vape.
“Kami telah mencapai penyelesaian baik bersama dengan Hafizzi beserta Nikruasma dan Azman untuk menamatkan usahasama bagi keempat-empat cawangan Bubblebee tersebut.
“Penamatan bersama berdasarkan persetujuan baik ini berkuatkuasa serta-merta. Kesemua cawangan di atas juga telah ditutup sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.
“Pihak syarikat memohon maaf khasnya kepada Hafizzi, Nikruasma dan Azman juga kepada semua pelanggan secara am yang terkesan akibat penutupan sementara keempat-empat cawangan tersebut,” tambah Ismail lagi.
Menganggap apa yang berlaku agak pahit untuk ditelan bagi kedua-dua belah pihak, namun Ismail berkata keputusan tesebut terpaksa dilakukan kerana nilai jenama amat penting dalam sesebuah perniagaan.
“Keputusan penyelesaian baik bersama ini diambil bagi mengekalkan kemandirian jenama Bubblebee untuk jangka masa panjang,” katanya.
Dalam pada itu Ismail turut menjelaskan bekas rakan usahasama mereka itu bersama bersama pengarah-pengarah syarikat telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan satu siasatan yang dilakukan baru-baru ini.
“Berdasarkan penjelasan yang telah diberikan oleh mereka, kesemua mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.
“Mengikut maklumat yang diterima siasatan lanjut oleh pihak berkuasa ke atas suspek yang disyaki juga sedang berlangsung,” katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau memohon orang ramai supaya tidak lagi membuat sebarang spekulasi terhadap mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”

gempak
17/09/2024
03:20 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mempunyai sebab tertentu lebih gemar bercuti sambil membawa anak-anak.
Hiburan

Shuib Buat Kejutan, Watie Hanifiah Menjerit Kegembiraan Dapat Sejambak Bunga Ros - “Selalu Dia Bagi Sekuntum, Tapi Kali Ini…”

gempak
11/09/2024
02:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menjerit kegembiraan apabila menerima kejutan daripada suaminya yang menghadiahkan sejambak bunga ros merah secara tiba-tiba.
Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
06/08/2024
07:55 MYT
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).
Hiburan

Netizen Geram, Tak Suka Shuib Kerap Jaja Cerita Tentang Arwah Siti Sarah - “Dia Ni Diam Boleh Tak”

gempak
29/07/2024
23:56 MYT
Pelawak dan pelakon, Shuib merupakan antara selebriti yang sering berkongsi kisah kehidupannya secara terbuka.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.