,
Berita

Perbahasan Sebenar MP Tasek Gelugor Yang Menjadi Kontroversi

Syafiqah Jalal
06/04/2017
08:56 MYT
Baru-baru ini tercetus perdebatan hangat dalam kalangan netizen berhubung kenyataan MP Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dalam perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 di Dewan Rakyat, Parlimen, 4 April lalu.
Menurut laporan sebuah portal tempatan, Shabudin didakwa menyokong perkahwinan bawah umur dan pernikahan antara perogol dan mangsa.
Shabudin yang juga bekas hakim Mahkamah Syariah berkata walaupun rogol adalah jenayah, undang-undang tidak menghalang mangsa rogol daripada berkahwin dengan individu merogolnya.
Kenyataan Shabudin itu menerima banyak kritikan termasuk dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Malah di media sosial juga Shabudin mendapat kecaman teruk daripada netizen berhubung kenyataannya hingga mendapat perhatian media antarabangsa.
Sehari selepas kontroversi itu, Shabudin menyelar tindakan orang ramai menghentam kenyataannya dan menegaskan konteks ucapannya telah disalahtafsir oleh media.
Jelasnya, kenyataan sebelum ini merujuk kepada peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak menghalang kepada perkahwinan dalam usia yang disebutkan.
"Suka saya tegaskan, bahawa tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang, malah hukum syarak, yang menghalang mereka daripada berkahwin.
"Perkahwinan berkenaan bukanlah ibarat 'pintu belakang' untuk menghalalkan satu kesalahan rogol.
"Namun, dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol yang diklasifikasikan oleh undang-undang sebagai statutory rape, iaitu atas dasar persetujuan bersama," katanya.
Kenyataan itu juga mengundang reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan sebenar Shabudin.
Bagi mengetahui kandungan lebih lanjut berhubung perbahasan Dewan Rakyat di Parlimen baru-baru ini, ikuti pautan video yang telah kami sediakan di bawah.
Perbahasan itu melibatkan MP Tasek Gelugor sendiri, MP Kulai, MP Kota Raja, MP Subang dan MP Pasir Puteh.
Penonton boleh saksikan perbahasan yang berlangsung dari detik 1:40:00.
(https://www.youtube.com/watch?v=eHNT_-KDJ6k)
Selain itu, anda juga boleh merujuk semula butiran perbahasan dalam Hansard Parlimen bermula dari muka surat 81.
(http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-04042017%20(2).pdf)
Kongsikan pandangan anda kepada kami berhubung isu terbabit.
Teks oleh: Amri Hassan Kredit foto: Freemalaysiatoday
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Unitar