,
Laman Utama

Perangai Gila-Gila Qasrina, Hael & Nadhir Dalam My Famous Ex-Boyfriend Buat Ramai Tak Sabar Nak Tengok

Mya Amri
22/10/2023
11:55 MYT
Diadaptasi daripada novel popular bertajuk Petrichor, Astro Ria tampil mempersembahkan karya terbaharu menerusi slot MegaDrama berjudul, My Famous Ex-Boyfriend.
My Famous Ex-Boyfriend merupakan drama yang menggambarkan kesan buruk buli siber iaitu salah satu isu sosial kerap berlaku dalam kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda dikenali sebagai ‘digital natives’.
Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, naratif drama ini mempertengahkan tekanan yang dihadapi mangsa siber buli terutamanya orang muda.
“Isu sosial semasa seperti buli siber ini lebih banyak berlaku pada zaman sekarang di mana rakyat malaysia lebih selesa meluahkan semuanya di sosial media berbanding secara bersemuka.
“Lantas drama rantaian ini amat relevan untuk penonton-penonton bahkan masyarakat umum yang berkemungkinan terkesan dengan isu yang dipaparkan.
“Ini juga merupakan satu langkah untuk menyebarkan kesedaran tentang buli siber dan dikuatkan dengan pemilihan barisan pelakonnya yang datang daripada latar belakang yang berbeza.
“Selain itu, plot utamanya yang menerokai first love ketika di usia remaja serta perasaan suka duka yang dirasai selepas itu merupakan satu genre yang mempunyai daya tarikan tersendiri.
“Penceritaan sebegini amatlah popular di mana-mana sahaja. Lebih-lebih lagi dengan gandingan baharu Qasrina Karim dan Hael Husaini.
“Para peminat Hael Husaini juga pasti akan teruja untuk menyaksikan lakonannya buat pertama kali di kaca TV.
“Kami berharap para penonton terhibur dengan penceritaan setiap watak sekaligus mengambil ikhtibar daripada pengajaran-pengajaran yang terselit”, katanya.
Dalam pada itu, di media sosial juga rata-rata peminat drama sudah menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton siri ini.
Drama arahan Hadith Omar ini dibintangi oleh barisan pelakon dan penyanyi terkenal tempatan seperti Qasrina Karim, Hael Husaini, Nadhir Nasar dan juga pempengaruh, Cupcake Aishah.
Saksikan My famous Ex-Boyfriend bermula 23 Oktober, Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Ia juga akan ditayangkan di sooka menerusi pelan langganan mudah alih pelan Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Sinopsis:
Drama rantaian ini mengisahkan kehidupan Sameera (Qasrina) yang bertemu dengan Ishaak (Hael) ketika remaja dan saling jatuh cinta sebelum Ishaak ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama Haque Zuhal.
Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut sosial media.
Sukar buat Sameera untuk melupakan cinta pertamanya sehingga dia bertemu dengan Jamie (Nadhir) yang berkongsi peristiwa silam yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
Hiburan

Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar bersetuju dengan kenyataan berhubung ramai pelakon generasi baharu yang bertubuh sasa gagal melakukan babak aksi dengan betul seperti yang disuarakan oleh pelakon senior, Ruzaidi Abdul Rahman baru-baru ini.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.