,
Hiburan

"Perancangan Ini Sudah Dibuat Berbulan Lalu"- Peletakan Jawatan Datuk Rohana Tiada Kaitan Dengan Politik

Syafiqah Jalal
08/06/2018
07:43 MYT
Peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan tiada kaitan dengan politik.
Penyerahan notis enam bulan oleh Datuk Rohana adalah prosedur biasa untuk memastikan peralihan tugas yang lancar kepada penggantinya.
"Perancangan ini sudah dibuat berbulan lalu. Pengumuman ini hanya prosedur biasa yang dibuat selepas penyerahan notis enam bulan," kata Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi.
Tun Zaki merujuk kepada spekulasi yang mendakwa peletakan jawatan Rohana adalah berkaitan dengan keputusan beberapa ketua jabatan kerajaan yang meletakkan jawatan sepanjang minggu lalu.
Rohana sendiri mengakui lebih dua dekad beliau mendedikasikan masa dan tenaga untuk Astro, kini masa yang sesuai untuk beliau menumpukan perhatian kepada keluarga.
"Sudah 24 tahun saya bersama Astro, sudah tiba masanya saya memberi tumpuan kepada perkara baharu pula. Tetapi saya tetap bersama Astro sebagai ahli lembaga pengarah bukan eksekutif.
"Saya seorang yang workaholic. Apabila bekerja, saya akan bekerja 24 jam tanpa henti.
"Saya merancang mahu mengambil cuti panjang bersama keluarga. Saya tidak ingat bila saya benar-benar bercuti kerana sewaktu bercuti pun ada kalanya saya akan tetap menjawab panggilan berkaitan kerja," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat pemegang saham kumpulan di ibu negara di sini hari ini.
Mengulas tentang masa depan industri penyiaran yang kini bersaing dengan digital, Tun Zaki memaklumkan Astro tetap yakin penonton tetap masih mahukan televisyen sebagai sumber hiburan dan maklumat.
"Kita akan mengambil kesempatan atas situasi semasa. Astro AWANI contohnya, begitu popular kini. Jadi kita mengambil kesempatan untuk terus memberikan yang terbaik dan memenuhi selera penonton," kata beliau.
Peletakan jawatan Rohana akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2019, dan tempat beliau akan diambil alih oleh Ketua Bahagian Kandungan dan Pengguna Kumpulan Astro, Henry Tan.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.