,
Laman Utama

Penyanyi Rap Tapi Bertudung? Juki Buktikan Tiada Diskriminasi Menerusi Pacu!

Fiza Kamarudin
14/03/2022
09:33 MYT
Pendatang baru, Juki, membuktikan penampilannya bertudung tidak menghalang untuk dia bergelar penyanyi rap.
Juki merupakan pemenang pertandingan rap Playaz Rap Challenge 2020 dan pernah muncul dalam lagu Dua Puluh bersama bintang-bintang hip hop lain seperti Benzooloo, Siqma, Yonnyboii, Ical Mosh, Kmy Kmo & Luca Sickta.
Bakatnya dicungkil Def Jam Recordings Malaysia dan kini Juki tampil dengan karya sulungnya berjudul Pacu.
Disusun, diterbit dan digubah oleh Mingaling, lagu ini juga mendapat sentuhan lirik Amir Hasan bersamaJuki sendiri.
“Lagu ini ada bayangan saya di dalamnya. Ia mengisahkan pencapaian matlamat dan motivasi diri. Saya ingin kongsikan pendapat saya ini dengan semua yang mendengar.
“Saya berikan segala-galanya untuk PACU. Saya harap semua akan memahami pesanan yang cuba saya luahkan dalam lagu ini. Saya mahu semua orangsedar bahawa jika mereka jatuh mereka hanya perlu bangkit semula,” jelas Juki.
Pacu telah menjalani proses rakaman tahun lalu mengambil masa sehari untuk diselesaikan.
“Kami mengambil masa sehari untuk menguruskan semuanya, termasuk pemilihan lirik dan cubaan untuk memasukkan irama berkaitan dan melihat hasilnya.
“Rakaman dilakukan pada hari kedua kerana saya mempunyai sedikit kesukaran untuk menulis korus dan pre-hook lagutika itu.
“Setelah siap dengan verse, Amir telah menyiapkan bahagian yang tinggal untuk Pacu. Akhirnya, semuanya berbaloi,” tambahnya lagi.
Lagu ini turut menampilkan sebuah muzik video hebat yang mengambil masa 12 jam untuk dirakam.
“Kami memulakan rakaman pada jam 11 pagi dan selesai sekitar jam 10 hingga11 malam pada hari yang sama.
“Saya terpaksa ganti pakaian dan solekan beberapa kali pada hari itu, memang memenatkan. Itulah kali pertama saya lihat orang bekerja di belakang tabir.
“Dan kini saya mengerti kerja keras di balik semua itu,” ujar Juki lagi.
Februari lalu Juki juga sempat membuat kemunculan di Mini Showcase Dolla dan mendapat sambutan meriah daripada para penonton.
Dalam pada itu Juki berharap agar karya sulungnya ini akan dihargai oleh semua pendengar.
“Banyak usaha di balik projek ini dan saya harap motivasi serta cinta yang saya kongsikan akan dapat dirasai oleh semua yang mendengarnya,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penyanyi Rap Didakwa Hamilkan Wanita Lain & Pukul Bekas Kekasih? - “The Ex Stayed With Him Dari Dulu, Siap Buat Foodpanda Bersama”

gempak
29/07/2024
06:55 MYT
Tular paparan skrin Instastory seorang wanita yang mendakwa penyanyi rap yang dikenali menerusi lagu ‘healing’ berlaku curang terhadapnya selain mengandungkan orang lain dan enggan bertanggungjawab.
Hiburan

Isteri Didakwa Hamil, MK K-Clique Pilih Masa Yang Sesuai Untuk Kongsi - “Saya Memilih Sebegini Sebab ia Terlalu Peribadi”

gempak
22/04/2024
06:55 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

Penyanyi Rap, Penulis Lagu & Pendakwah, Jom Semak Fakta Mengenai Suami Mizz Nina, Essam Muhammad

gempak
16/06/2023
03:50 MYT
Best juga lagu-lagu Essam
Laman Utama

Dari Kuala Lumpur Ke Jepun, Gabungan SonaOne & Shurkn Pap Dalam Homies Mantap!

gempak
17/03/2022
10:40 MYT
Fuhhh...dari KL ke Jepun memang mantap!
Laman Utama

Luca Sickta Nikah Penerbit Radio ERA Sabah

gempak
03/03/2022
07:08 MYT
Diam-diam kahwinnnnn haaaa...