,
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

Amri Hassan
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Dr Idzu, 43, atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin berkata, anugerah diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan Perubatan Regeneratif.
"Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.
"Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda.
"Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yg sangat mengujakan," katanya.

Teknologi sel tisu

Idzu yang juga pengasas Cell Tissue Technology Sdn Bhd sejak 13 tahun lalu, berterima kasih atas penganugerahan diberikan.
"Saya nak ucapkan terima kasih dan selamat hari lahir ke-75 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di atas kepercayaan dan penganugerahan yang bermakna ini," katanya.

BERITA TRENDING: Dr. Idzu Lakar Sejarah! Jadikan UKM Universiti Pertama Gunakan Teknologi 3D Bioprinting Terkini - "Saya Harap ..."

BERITA TRENDING: Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi! - "Usia Bukan Penghalang Untuk Menuntut Ilmu"

BERITA TRENDING: Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin Sebak Kaut Jualan RM10 Juta Sehari!

BERITA TRENDING: [VIDEO] Vokalis Kumpulan Saujana, Dr Idzu Baharin Muncul Balik Selepas 10 Tahun! - "Sebelum Ni Fokus Dalam Bidang ..."

Cell Tissue Technology Sdn Bhd ditubuhkan pada 2010 sebagai syarikat berteknologi perubatan maju di Malaysia. Ia adalah 'spin-off' daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga universiti dan institut penyelidikan terkemuka di negara ini.
Syarikat itu juga menjadi peneraju utama dalam bidang Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif di Malaysia sejak penubuhannya. Malah, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Cell Tissue Group merangkumi teknologi perubatan canggih yang berpusat pada Terapi Sel Stem, Imunoterapi Berasaskan Sel, serta Terapi Secretome dan Exosome.
Sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan dunia seni, Dr Idzu sudah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.
Antaranya, Pengiktirafan SOONICORN oleh MOSTI (2024), Pengiktirafan Top 30 Usahawan Techno Dreams oleh MTDC (2023).
Pengiktirafan sebagai Malaysia’s New Industrial Plan 2030 oleh MITI dan MIDA, Sumbangan Teknologi Terkini 3D Bioprinters Bernilai RM0.5 juta Kepada UKM, Penganugerahan sebagai Diplomat Malaysia Pertama oleh American Board of Regenerative Medicine (ABRM).

Masih aktif bidang muzik

Selain itu, pada 2016 mendapat Pengiktirafan sebagai Malaysia’s “First Manufacturer of ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” dan “First ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” oleh The Malaysia Book of Records.
Menariknya juga, Dr Idzu masih aktif dalam bidang muzik.
Terbaharu, kumpulan Saujana bersama penyanyi Siti Nordiana dicalonkan bagi kategori Artis Kolaborasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36) menerusi lagu Keluarga Bahagia versi rakaman semula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar