,
Laman Utama

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin Sebak Kaut Jualan RM10 Juta Sehari!

Amri Hassan
24/10/2022
09:45 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang kini bergelar usahawan, Dr Idzu Baharin sebak dan tidak menyangka berjaya mencatat jualan RM10 juta dalam masa sehari menerusi program Alpha Celle, Life Anew.
BACA: Vokalis Kumpulan Saujana, Dr Idzu Baharin Muncul Balik Selepas 10 Tahun!
Dr Idzu, 41, atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin berkata, Alpha Cell, Life Anew adalah program kesihatan yang memberi manfaat kepada orang ramai bermula dari pemeriksaan, penjagaan, kawalan hingga rawatan.
"Sejujurnya, tak menjangka boleh dapat RM10 juta sehari. Acara yang dibuat pada 16 Oktober lalu itu hanya pra pelancaran. Itu pun tiket habis terjual dan disebabkan permintaan ramai saya terpaksa buat di tempat yang lebih besar.
"Ketika pelancaran itu, tidak menjangka juga lebih 100 pengunjung yang mendaftar untuk mengikuti program Alpha Cell, Life Anew. Ia membuatkan saya sebak dan betul-betul tak menjangka.
"Ia memang sambutan luar biasa. Pada mulanya memang nak buat pengenalan saja. Tapi apabila ada yang mendaftar, maksudnya masih ramai yang mementingkan kesihatan sebelum sakit. Mereka ada kesedaran awal. Ia membuatkan saya gembira sebab ramai nak bertindak awal sebelum sakit," katanya.

Kesihatan satu ikhtiar

Menurutnya, program yang diwujudkan itu memberi nasihat merangkumi semua aspek kesihatan sebagai satu ikhtiar.
"Minta maaf cakap, dalam negara kita ramai yang bila dah sakit baru nak dapatkan rawatan. Buat pemeriksaan sangat jarang. Jadi, menerusi program ini kita sediakan semua.
"Jangan menyerah kalah, sebab kita ada teknologi untuk mencegah sebelum terjadi. Pakej ditawarkan juga murah dan dapat banyak manfaat. Kita menyediakan pusat kesihatan dan pakar untuk menjalankan program ini," katanya.
Dalam masa sama, Idzu bakal membuat pelancaran secara rasmi dan besar-besaran program kesihatan itu dalam waktu terdekat selain menyasarkan 2,000 pendaftaran tahun depan.
"Bila dah ada sambutan luar biasa, saya lebih bersemangat nak melancarkan secara besar-besaran. Insya-Allah, dalam masa terdekat.
"Dengan tawaran, manfaat dan lebih lagi. Kita juga merancang untuk mengadakan siri jelajah di seluruh negeri. Kalau boleh nak lebih ramai terbabit dalam program ini untuk sama-sama menjaga kesihatan.
"Kalau nak tahu, selepas pandemik Covid-19 ramai jatuh sakit. Sebab ketika itu duduk rumah saja, makan, dan tidak aktif. Jadi, itu semua beri memberikan kesan pada kesihatan. Mungkin sekarang tak rasa, akan datang tak tahu macam mana. Ketika itu mungkin sudah terlambat.
"Kita menyasarkan untuk membantu 2000 orang dengan mendaftar program ini pada 2023, sekali gus menjadikan rakyat Malaysia bebas penyakit, hidup lebih sihat dan lebih lama," katanya.
Dr Idzu adalah pemilik syarikat Cell Tissue Sdn Bhd yang mana ia adalah Syarikat Kejuruteraan Tisu pertama di Malaysia dan sudah tercatat dalam Malaysia Book of Record yang menghasilkan produk berasaskan sel dan tisu manusia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Momen Ambil Scroll Paling Diingati" - Wan Najdi Terkejut Menteri Kenal, Sempat Bersapa 10 Saat Di Pentas Konvokesyen!

gempak
08/11/2024
23:46 MYT
Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi tergamam ketika disapa Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek ketika Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Ke-14 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 7 November lalu.
Hiburan

Anak-Anak Munif Hijjaz Teruskan Legasi Nasyid, Lancar Lagu Sulung Perjalanan

gempak
21/10/2024
11:46 MYT
Setelah berkecimpung dalam industri nasyid selama lebih tiga dekad, kini Munif Hijjaz membuka dan merintis jalan kepada anak-anaknya untuk meneruskan kesinambungan dalam memperjuangkan lagu-lagu dakwah ketuhanan agar terus segar seiring dengan peredaran zaman.
Hiburan

Yaana Lee Bakal Sambut Bayi Perempuan Ketiga, Dedah Impi Mahu Anak Lelaki – “Awal-Awal Sedih Juga Sebab…”

gempak
19/10/2024
13:20 MYT
Usahawan terkenal, Nur Liyana atau lebih dikenali sebagai Yaana Lee mencuri perhataian apabila berkongsi jantina anak ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi.
Viral

Jofliam Tegur Cik Epal, Minta Jaga Maruah Ketika Tempoh Iddah - "Sejak Cerai, Tinggalkan Anak, Tak Tahu Pergi Mana"

gempak
14/10/2024
04:30 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil menegur tindakan bekas isterinya, Cik Epal agar menghormati tempoh iddah.
Viral

Pernah Ditipu Sampai Rugi Ratusan Ribu, Iddin Syah Trauma Nak Bagi Bantuan Melibatkan Wang - “Saya Sebelum Ini Berbaik Dengan Semua Orang Tapi…”

gempak
06/10/2024
23:55 MYT
Pernah ditipu oleh rakan niaga sebelum ini hingga kerugian ratusan ribu ringgit menyebabkan usahawan dan selebriti media sosial Iddin Syah kini berada dalam keadaan trauma malah serik untuk berbuat baik kepada individu lain.
Unitar