,
Hiburan

Penyanyi Michael Bolton Hidap Barah Otak

Maliah Surip
06/01/2024
15:00 MYT
Penyanyi lagu hit The When A Man Loves A Woman, Michael Bolton menyampaikan berita mengejutkan buat peminat apabila memberitahu dirinya menghidap barah otak.
Ironi akui penyanyi berusia 70 tahun itu, dia sendiri baru mengetahui berdepan penyakit berbahaya itu hanya sebelum musim cuti Krismas berlangsung. Dia bagaimanapun segera menjalani pembedahan.
Pengumuman tersebut ditulis dan dikongsikan di Facebook miliknya pada Jumaat.
“Saya mahu mulakan tahun baru dengan menyapa dan mengucapkan agar anda semua sihat dan gembira.
“Saya juga ingin berkongsi mengenai tahun 2023 yang berakhir dengan sebuah kejutan.
“Hanya sebelum musim cuti saya telah didiagnos menghidap barah otak dan memerlukan pembedahan segera,” ujar Bolton seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Bolton kemudian memberitahu dia kini dalam fasa pemulihan selepas pembedahan berjalan lancar.
“Terima kasih kepada semua pihak terutama pakar yang membuatkan pembedahan berjalan baik.
“Saya kini dalam fasa pemulihan di rumah dan dikelilingi sokongan juga kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada keluarga,” katanya.

Berita Trending: Farah Lee Dah Kahwin, Netizen Rasa Lucu Tengok Hashtag - “Macam Tu Je Dia Umum”

Sehubungan itu Bolton juga meminta maaf kepada peminat kerana dia juga akan menunda sebarang aktiviti seni kerana mahu memberi fokus terhadap kesihatan.
“Saya juga ingin meminta maaf kepada peminat kerana akan menunda banyak siri jelajah dan aktiviti seni demi kesihatan saya,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Saya Takkan Pernah Boleh Gantikan Ibu & Ayah Mereka" - Uncle Mike

gempak
25/06/2024
06:58 MYT
Uncle Mike, 55, yang berketurunan Tionghua itu membuktikan kasih sayang tidak mengenal pertalian darah dan bangsa, tega membesarkan Rafei Ahmad Fauzi yang ketika ini berusia 29 tahun dan dua lagi adiknya, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24.
Gaya Hidup

Lelaki Warga Emas Jadi Muda 30 Tahun Selepas Pembedahan Plastik, Betul Ker Ni?

gempak
06/06/2024
00:17 MYT
Sebuah klinik pembedahan plastik berpangkalan di Istanbul menarik perhatian ramai apabila gambar pembedahan seorang lelaki sebelum dan selepas menunjukkan perubahan sangat ketara sehingga pakar menganggapnya mustahil untuk dilakukan.
Laman Utama

Michael Ang Nak Ubah Watak ‘Penyondol’ Bertudung & Nampak Suci - “Kalau Dulu Buat Cerita…”

gempak
19/04/2023
03:50 MYT
Takut dengan kes penyondol makin berleluasa.
Laman Utama

Gaun Pengantin Anak Donald Trump Bernilai RM1 Juta, Terima Cincin Pula RM5.5 Juta

gempak
14/11/2022
05:45 MYT
Anak perempuan Donald Trump, Tiffany Trump baru berkahwin dengan kekasihnya, Michael Boulos
Laman Utama

[VIDEO] Sharifah Sakinah Mungkin Cerai Jika Jumpa Lelaki Lain, Netizen Pula Yang Confuse! “Mak Pening, Tak Apa Kinah Asal Kau...”

gempak
02/11/2022
01:55 MYT
Sakinah kata dia dan Michael masih suami isteri la...