,
Terkini

Penyanyi Dangdut Anisa Bahar Bercinta Dengan Anak Angkat Sendiri

Maliah Surip
08/04/2024
08:55 MYT
Nama penyanyi dangdut Anisa Bahar kini menjadi buah mulut netizen di Indonesia.
Hal itu terjadi selepas dirinya dipercayai sedang menjalin asmara dengan anak angkatnya sendiri iaitu Edwin Bahar.

Bercuti di Thailand

Gosip tersebut tercetus selepas Anisa memuat naik foto-foto dalam keadaan mesra bersama Edwin sewaktu mereka bercuti ke Thailand.
Ia antaranya mempamerkan mereka merakamkan foto seperti pasangan kekasih yang memakai busana tradisional masyarakat Thailand di depan kuil terkenal Wat Arun.
Selain isu hubungan ibu dan anak angkat yang kini bertukar menjadi pasangan kekasih, netizen juga bercakap tentang jarak usia mereka.
Anisa yang sudah lapan tahun menjadi janda berusia 47 tahun manakala Edwin baru berumur 28 tahun.
Penyanyi dangdut itu sendiri sudah mempunyai empat anak dan dua kali gagal dalam berumah tangga.

Jarak usia 19 tahun

Jarak 19 tahun usia Anisa dan Edwin disifatkan netizen layak menjadi seperti ibu dan anak bukan pasangan kekasih.
Namun ada juga dalam kalangan warganet menilai hubungan mesra mereka sebagai satu gimik dan publisiti dalam usaha membantu nama Edwin Bahari yang kini baru berjinak sebagai penyanyi menjadi lebih terkenal.
Meski sudah menjadi bahan pemberitaan media tempatan, baik Anisa dan Edwin keduanya belum memberi sebarang kenyataan mengenai status hubungan sebenar mereka kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon, Hos Denny Sumargo Makan Otak Arnab Untuk Perbaiki Kualiti Sperma

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.