,
Laman Utama

Penyanyi Cantik Filipina, Clara Benin Tak Keberatan Menyanyi Lagu Bahasa Malaysia?

Asraf Aided
23/08/2021
10:40 MYT
Penyanyi cantik dari Filipina, Clara Benin baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul Suara Hati.
Menariknya, lagu ini adalah terjemahan daripada lagu asal nyanyiannya sendiri, Tila dalam Bahasa Filipina yang dilancarkan pada tahun 2015.
Sebagai inisiatif OFFMUTE dalam mengukuhkan nama artis yang sedang meningkat naik di rantau ini, proses rakaman Suara Hati dihasilkan dalam Bahasa Indonesia dengan bantuan penerbit muzik profilik, komposer dan pakar instrumen, The Ringmaster. Beliau pernah bekerjasama dengan penyanyi tersohor Filipina termasuk band UDD serta Ang Bandang Shirley.
Menurut Clara, dia menyedari kepentingan menghasilkan lagu ini dengan baik agar kedengaran asli, tanpa mengubah lenggok asalnya.
"Adalah sangat penting buat saya untuk menghasilkan lagu ini kedengaran asli dan masih mengekalkan lenggok asalnya.
"Penerbit saya, The Ringmaster, memudahkan proses itu kerana dia sebenarnya memang pernah membesar di Indonesia dan fasih bertutur bahasa itu. Dia banyak bantu saya betulkan sebutan serta penyampaian dalam aspek vokal.
"Selain itu, Berto Pah, yang juga pemain Sasando Indonesia, turut membantu dalam menjadikan bunyi lagu ini lebih asli," katanya kepada Gempak.
Tambah Clara, Suara Hati mengisahkan tentang cinta yang ada di sekeliling manusia. Ia juga membawa maksud yang sama dengan lagu asalnya.
"Lagu ini mengisahkan tentang cinta, cinta ada di mana-mana, ia ada bersama kita dan di sekeliling kita.
"Suara Hati dan lagu asalnya Tila tidak membawa maksud berbeza, ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia tanpa mengubah maksud asal lagu ini," katanya lagi.
Dalam pada itu, artis dibawah naungan OFFMUTE ini juga tidak menolak kemungkinan untuk menghasilkan lagu dalam Bahasa Malaysia sekiranya berpeluang di masa akan datang.
"Memandangkan Suara Hati mendapat sambutan yang baik, jadi saya tidak keberatan untuk menyanyikan lagu yang diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain juga," katanya gembira.
Terdahulu, lagu Tila mendapat sambutan hangat apabila mendapat lebih 6 juta strim di Spotify dan YouTube.
Kini, versi baru lagu tersebut, Suara Hati boleh dinikmati menerusi semua platform digital.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Disangka Mati, Isteri Terkejut Suami Pulang Ke Rumah

gempak
22/08/2024
00:24 MYT
Seorang lelaki di Pangasinan, Filipina mengejutkan keluarga dan jiran-jirannya apabila dia pulang ke rumah beberapa hari selepas mereka sudah ‘mengebumikannya’, lapor portal berita MSNews semalam.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Menang 2 Pingat Emas, Atlet Filipina Ini Dapat Habuan Lumayan… Kondo Mewah, Bekalan Ramen Seumur Hidup

gempak
07/08/2024
04:00 MYT
Atlet gimnastik Filipina, Carlos Yulo, mencipta magis apabila berjaya merangkul bukan sahaja satu tetapi dua pingat emas di temasya Olimpik Paris 2024.
Hiburan

Ramai Persoal Kenapa Beri Maid Pakai Handphone, Dr Say Perjelas Ada Polisi Berbeza - “Bila Dah Mula Kerja…”

gempak
01/08/2024
08:05 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say menjawab persoalan netizen mengenai mengapa membenarkan pembantu rumah memiliki telefon.
Hiburan

Ini Sebab Moira Dela Torre Pilih Malaysia Jadi Lokasi Pertama Moira World Tour 2024! - "Saya Sukakan Budaya Sini..."

gempak
19/04/2024
04:37 MYT
Penyanyi terkenal Filipina, Moira Dela Torre, memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama untuk siri jelajah Moira World Tour 2024 tahun ini.
Hollywood

Presiden Filipina Disifatkan Hina Rakyat, Guna Helikopter Kerajaan Elak Jalan Sesak Demi Tonton Coldplay

gempak
21/01/2024
07:59 MYT
Kumpulan Coldplay menyudahkan konsert siri Music Of The Spheres World Tour di  Philippine Arena, Filipina semalam dengan sukses.