Laman Utama

Penuhi Waktu Terluang Penonton Cilik Dengan Program Baharu, Cartoonito!

gempak
Izwan Isa
02/04/2022
10:50 MYT
Sponsor Banner
Penuhi Waktu Terluang Penonton Cilik Dengan Program Baharu, Cartoonito!
Berikan pilihan hiburan santai yang menarik untuk anak-anak anda dan juga penonton cilik menerusi program Cartoonito yang mula bersiaran menerusi Cartoon Network (Astro 615 HD) pada hari ini.
Menawarkan pendekatan moden yang diprogramkan buat kanak-kanak berumur lingkungan 2 hingga 5 tahun, Cartoonito merupakan ruang buat mereka untuk merasai sendiri keseronokan dan pada masa yang sama, memupuk pemikiran kreatif di mana setiap rancangan dicipta demi menyokong potensi unik setiap seorang daripadanya.
Perkara tersebut dicapai dengan rangka kerja dipanggil Humancentric Learning. Dicipta oleh pakar pendidikan awal kanak-kanak, Dr Laura Brown, kurikulum berkenaan terdiri daripada empat tiang utama iaitu Creativity (kreativiti), Caring (rasa sayang), Curiosity (rasa ingin tahu) and Courage (keberanian).
Cara pembelajaran bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, belajar daripada kesilapan dan melayani orang lain dengan rasa empati serta hormat.
Sebagai contoh, dalam animasi Lucas the Spider – yang diadaptasi daripada siri viral YouTube – watak berkenaan, seekor labah-labah bernama Lucas, selalu menunjukkan kebaikan dan kesungguhan dalam setiap pengembaraannya.
Dalam pada itu, Cartoonito turut dipadukan dengan animasi menarik lain seperti Baby Looney Tunes, Dino Ranch, Monchhichi, Alice & Lewis, Ranger Rob, Mush Mush & The Mushables dan Esme & Roy yang diinspirasi oleh Sesame Street.
Rancangan-rancangan tersebut membentuk untaian animasi yang meraikan ciri keperibadian dan keaslian sementelah mengangkat semangat kreativiti, belas kasihan dan keterangkuman. Kebanyakan rancangan yang disebutkan – termasuk juga Sesame Street – boleh ditonton menerusi laman penstriman, HBO GO.
Lebih mengujakan, penonton cilik turut dipersembahkan dengan bintang-bintang Cartoonito iaitu Nito, Glob, Itty dan Wedge. Karakter-karakter ini sangat suka mengembara dunia dan mempelajari perkara-perkara baharu, dan mereka sentiasa bersedia untuk membantu penonton dalam setiap selingan rancangan.
Beberapa minggu menjelang pelancaran Cartoonito, para penonton di sekitar Asia dapat merasai keseronokan bermain permainan sembunyi-sembunyi bersama maskot-maskot TV comel yang muncul di beberapa lokasi terkenal seluruh Malaysia.
Cartoonito mempunyai risalah aktiviti dan permainan yang boleh dimuat turun dalam laman rasminya termasuk filter Realiti Tambahan AR (bakal dilancarkan pada pertengahan April) yang menggalakkan kanak-kanak menari bersama Itty dan pada masa yang sama, memupuk sikap berani dan kreatif.
Jangan lupa tonton dan rasai sendiri keseronokan Cartoonito menerusiCartoon Network (Astro Ch 615 HD) setiap pagi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari atau tonton di laman penstriman, HBO GO bermula Isnin 18 April. Untuk maklumat lanjut, gunakan tanda pagar #CartoonitoAsia dan laman webCartoonNetworkAsia.com/Cartoonito serta @CartoonitoAsia di Facebook dan Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024