GAYA HIDUP
"Penuaan Bukan Alasan Untuk Berhenti Bergerak" - Pakar Saran Warga Emas Ubah Mindset, Kekal Aktif
Sudah tiba masanya warga emas membuang tanggapan bahawa senaman hanya untuk orang muda!
Menurut Dr. Faizi Rosli, pengasas IDEAL Health Care, aktiviti fizikal yang bersesuaian bukan sahaja boleh menguatkan badan, tapi juga bantu keseimbangan dan tingkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Dr. Faizi menegaskan bahawa senaman yang selamat dan bersesuaian membantu warga emas kekal aktif, mengurangkan risiko jatuh, serta mengatasi masalah ortopedik seperti osteoarthritis dan osteoporosis.“Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Penuaan bukan alasan untuk berhenti bergerak. Dengan pendekatan yang betul, warga emas bukan sahaja dapat menguatkan tubuh badan, tetapi juga memperbaiki keseimbangan dan meningkatkan kualiti hidup mereka,” katanya.
Sementara itu, IDEAL turut membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk kekal aktif dimana pesakit tertua IDEAL yang berusia 100 tahun masih mampu melakukan senaman yang disesuaikan mengikut keupayaannya.
“Kisah ini adalah bukti bahawa senaman memberi manfaat pada setiap peringkat usia. Dengan program yang betul, warga emas boleh terus bergerak, berdikari, dan menikmati hidup dengan lebih sihat,” tambah Dr. Faizi.
IDEAL komited menyediakan Program Senaman Perubatan dan Penjagaan Warga Emas bagi membantu warga emas kekal aktif dan berdikari.
Dirangka oleh pakar, program ini memberi fokus kepada pengurusan penyakit kronik, pemulihan mobiliti, serta meningkatkan keseimbangan dan kekuatan otot untuk mengurangkan risiko jatuh.
Setiap sesi dipantau bagi memastikan keselamatan dan keberkesanannya, dengan manfaat seperti kesihatan jantung lebih baik, otot lebih kuat, serta kesejahteraan mental meningkat.
IDEAL juga menawarkan persekitaran mesra untuk warga emas berinteraksi dan saling menyokong, sekali gus menyeru masyarakat lebih prihatin terhadap kepentingan senaman.
Must-Watch Video