,
Hiburan

"Pentas Politik Tak Sesuai Bagi Saya" - Ben Ali Undur Diri Dari Armada, Nak Fokus Berbisnes

Amri Hassan
09/01/2020
04:40 MYT
Pelakon Ben Ali mengumumkan telah mengundurkan diri daripada dunia politik dan berhasrat memberikan fokus sepenuhnya dalam bisnes.
Kata bintang filem Dubai My Love itu, pengunduran dirinya itu selaras dengan tamatnya khidmat selama tiga tahun sebagai Exco Armada Nasional.
"Terima Kasih Armada. Pada 3 Januari lepas berakhirnya mesyuarat terakhir Armada Nasional.
"Perjalanan suka dan duka selama 3 Tahun bersama barisan kepimpinan Armada & Bersatu khususnya banyak mengajar saya tentang selok belok dunia politik negara.
"Tidak pernah terfikir akan bergiat aktif dalam politik apatah lagi berada di dalam saf kepimpinan tertinggi Armada Nasional. Ianya merupakan satu penghargaan bagi saya.
"Kepada Syed Saddiq, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan selama 3 tahun ini sebagai Exco Armada Nasional.
"Teruskan politik khidmat dan kekal fokus didalam membela nasib rakyat.
"Saya secara rasminya mengundurkan diri dari tugasan politik apabila tamatnya sesi 2017-2019 ini untuk mengalihkan fokus saya sepenuhnya kepada perniagaan yang dibina sejak Februari 2018 lagi.
"Maaf sekiranya saya tidak menjalankan tugas dengan baik atau tidak berkhidmat seperti yang diharapkan selama ini.
"Kepada yang bertanding pada Pemilihan Parti nanti, selamat maju jaya saya ucapkan," tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram.
Ben beranggapan dunia politik bukan platform terbaik buatnya.
"Sedikit nasihat daripada saya, tak kira apa pon warna baju kita sarung, pastikan agama, bangsa dan negara menjadi teras kepada perjuangan kita dan bukannya berjuang untuk kepentingan peribadi.
"Pentas politik bukanlah pentas yang sesuai bagi saya. Tapi mungkin sesuai untuk anda semua.
"Doakan kejayaan saya dalam dunia perniagaan," tambahnya.

Terima Kasih ARMADA. . Pada 3hb Januari yang lepas berakhirnya mesyuarat terakhir Armada Nasional. Perjalanan suka & duka selama 3 Tahun bersama barisan kepimpinan Armada & Bersatu khususnya banyak mengajar saya tentang selok belok dunia politik negara. . Tidak pernah terfikir akan bergiat aktif dalam politik apatah lagi berada di dalam saf kepimpinan tertinggi Armada Nasional. Ianya merupakan satu penghargaan bagi saya. . Kepada @syedsaddiq , terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan selama 3 tahun ini sebagai Exco Armada Nasional. . Teruskan politik khidmat dan kekal fokus didalam membela nasib rakyat. . Saya secara rasminya mengundurkan diri dari tugasan politik apabila tamatnya sesi 2017-2019 ini untuk mengalihkan fokus saya sepenuhnya kepada perniagaan yang dibina sejak Februari 2018 lagi. . Maaf sekiranya saya tidak menjalankan tugas dengan baik atau tidak berkhidmat seperti yang diharapkan selama ini. . Kepada yang bertanding pada Pemilihan Parti nanti, selamat maju jaya saya ucapkan. . Sedikit nasihat daripada saya, tak kira apa pon warna baju kita sarung, pastikan Agama , Bangsa & Negara menjadi teras kepada perjuangan kita dan bukannya berjuang untuk kepentingan peribadi. . Pentas politik bukanlah pentas yang sesuai bagi saya. Tapi mungkin sesuai untuk anda semua. . Doakan kejayaan saya didalam dunia perniagaan. . Amin. . Sehingga kita berjumpa lagi. . السلام عليكم . ٨/١/٢٠٢٠

A post shared by Ali Nadzwan ?? (@bena1i) on

Ben yang mengahwini pelakon Singapura Nadiyah Shahab aktif dalam bidang perniagaan makanan dan pengurusan artis sebelum ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.