,
Laman Utama

Penonton Yakin Filem 35mm Boleh Raih Kutipan Sehingga RM3 Juta Dalam Masa Sebulan

Izwan Isa
28/06/2022
05:50 MYT
Hanya selepas seminggu diluncurkan di platform Astro First, filem fantasi komedi 35mm arahan Syahmi Sazli telah pun meraih kutipan berjumlah RM1 juta.
Kejayaan ini turut diraikan oleh pengikut-pengikut media sosial Syahmi yang rata-rata turut sama memberi respons positif terhadap jumlah kutipan yang cukup memberansangkan.
“Alhamdulillah terbaik Mi.”
“Syukur alhamdulillah. Congrats anak muda.”
“Kurang-kurang boleh capai RM3 juta dalam masa sebulan. Saya yakin.”
“Saya dah langgan filem 35mm memang best. Tak rugi, best movies, tak sedar airmata mengalir.”
35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.
Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.
Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Kalau Diboikot Sebab Bersuara Untuk Kebaikan, Tak Apo Mi Reda…” - Syahmi Sazli

gempak
07/08/2023
06:00 MYT
Syahmi dan Nissa mohon maaf.
Laman Utama

“Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Duit Raya” - Filem Syahmi Sazli, Satu Hari Sebelum Raya Kini Raih RM1 Juta

gempak
24/04/2023
04:27 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

“Jangan Berhenti Buat Cerita Best Macam Ni” - Penonton Puji Syahmi Sazli, Satu Hari Sebelum Raya Banyak Mesej Tersirat

gempak
13/04/2023
14:29 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

Syahmi Sazli Muncul Dengan Filem Satu Hari Sebelum Raya, Bakal Undang Air Mata - “Saya Gementar…”

gempak
04/04/2023
06:49 MYT
Cayalah Syahmi!
Gempak Most Wanted

#GMWA2022: Saingan Sengit! Jom Kenali 5 Calon Penuh Digital Content Creator Tergempak... Siapa Bakal Juara?

gempak
17/02/2023
13:50 MYT
Jom undi cepat!