,
Laman Utama

Penonton Mahu Kerana Korona Wakili Tahap Sinematografi Filem Malaysia!

Asraf Aided
01/02/2021
12:55 MYT
Sejak mula ditayangkan pada 21 Januari lalu, filem terbaru arahan Kabir Bhatia berjudul Kerana Korona menerima banyak respon positif daripada penonton.
Manakan tidak, filem ini memaparkan kisah yang sangat realistik dan berkait dengan isu semasa di mana dunia sedang dilanda pandemik COVID-19.
Meninjau Twitter, rata-rata penonton memuji hasil karya terbaru Kabir Bhatia ini yang seperti sebelumnya, tidak mengecewakan.
"Kerana Korona adalah satu filem yang indah, satu lagi karya 'masterpiece' Kabir Bhatia yang tidak pernah mengecewakan," tulis @kymioflario.
Dalam pada itu, ada juga penonton merasakan filem Kerana Korona patut mewakili tahap sinematografi filem Malaysia.
"Kerana Korona adalah jenis filem yang sepatutnya mewakili tahap sinematografi filem Malaysia," tulis @kerorol13.
Barisan pelakon yang membintangi turut menjadi kekuatan filem ini. Datuk Jalaludin Hasan, Fatimah Abu Bakar, Rita Rudaini, Rashidi Ishak dan Ummi Nazeera telah mempersembahkan naskah Kerana Korona dengan cemerlang.
Kepada anda yang masih belum menonton, saksikan Kerana Korona menerusi Astro First (saluran 480).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.