,
Laman Utama

Penjualan Tiket Konsert Kumpulan Popular Indonesia, Slank Di Malaysia Dibuka Hari Ini!

Syafiqah Jalal
23/09/2022
03:22 MYT

Kerinduan peminat setia kumpulan terkenal Indonesia, Slank di Malaysia terubat apabila mereka bakal beraksi dalam Konsert 4 Dekad Slank pada 19 November ini.

Kumpulan terkenal seberang itu bakal diterbangkan khas oleh TBRW Global Sdn Bhd untuk bertemu mata dengan peminat setia mereka sambal menyanyikan bersama-sama lagu kegemaran mereka.
Konsert 4 Dekad Slank. Bertempat di Zepp Kuala Lumpur akan bermula pada pukul 8.30 malam, Slank bakal mempersembahkan konsert dengan durasi 2 jam khas buat para peminat di Malaysia.
Pihak penganjur iaitu TBRW Global Sdn Bhd berasa cukup terharu dan gembira dengan kesudian Slank untuk muncul di Malaysia setelah sekian lama tidak muncul di Kuala Lumpur khususnya.
“Kami ingin membawakan sebuah kumpulan yang sangat legenda dari seberang dan kami berasa sangat gembira untuk mengumumkan Konsert 4 Dekad Slank yang akan diadakan pada 19 November ini,” ujar Wan Norul Fadly mewakili TBRW Global Sdn Bhd.
Tiket-tiket dengan harga (early bird) Cat 4 (RM298), Cat 3 (RM398), Cat 2 (198) dan Cat 1 (238) harga biasa (normal) Cat 4 (RM318), Cat 3 (RM418), Cat 2 (218) dan Cat 1 (258) akan dijual mulai Jumaat, 23 September ini, pukul 11 pagi di https://www.ticket2u.com.my.
Kumpulan Slank yang dianggotai oleh Kaka (vokal), bimbim (dram), Abdee Negara (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) juga sangat teruja untuk bertemu para Slankers di Malaysia sambil membawakan lagu-lagu popular mereka pada malam konsert tersebut.
Kumpulan Slank merupakan kumpulan rock terbesar di Indonesia yang berasal dari Jakarta. Kumpulan pujaan ramai ini diasaskan pada tahun 26 Disember 1983 oleh remaja di lorong di Jakarta yang bergelar Gang Potlot, dengan membawa muzik aliran rock.
Slank muncul dengan album berjudul Suit-suit…Hehehe (Gadis Sexy) pada tahun 1990 diikuti dengan pelbagai album pada setiap tahun hinggalah album Vaksin Slank yang dilancarkan pada 1 Januari 2021 dengan tag line ‘Suntikan cinta yang menyehatkan hati dan mencerdaskan akal. Vaksin Slank.’ Sehingga kini dalam usia mencapai 40 tahun, Slank sudah mengeluarkan 24 buah album dan itu merupakan kunci kepada keberadaan mereka hingga kini.
Menurut Kaka dalam sebuah temubual, kunci kepada keberadaan mereka selama 40 tahun dalam industri dan diterima oleh pelbagai generasi adalah kerana rutin mengeluarkan karya baru. Malah Bimbim yang merupakan pemini dram Slank menganggap bahawa pemuzik akan selalu diingati dan dilihat kerana karya mereka.
Pesan Bimbim lagi jangan berhenti bekarya kerana karya seniman akan ditunggu. Jika berhenti berkarya, orang akan turut berhenti mengikuti.
Kumpulan yang aktif dan bertenaga hingga sekarang ini juga pernah muncul dengan beberapa album runut bunyi seperti Get Married, Get Married 2 dan Generasi Biru The Movie. Slank turut menyatakan rasa syukur kerana dari tahun 1990 hingga kini, masih produktif dan tetap muncul dengan karya-karya baru.
Muzik Slank juga dianggap sebagai salah satu khazanah kebudayaan Indonesia. Malah kumpulan ini pernah merangkul pelbagai anugerah antaranya empat kali memenangi Album Rock Terbaik di Anugerah Musik Indonesia serta memenangi Most Favorite Band di Anugerah MTV Indonesia dan pelbagai lagi.
Setelah vakum kerana pandemik, akhirnya Slank muncul pada Mac tahun ini melalui persembahan pentas di Mandalika untuk mengubat kerinduan para Slankers. Dan tentunya tarikh 19 November merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu okeh para peminat di Malaysia untuk melepaskan kerinduan tersebut untuk menyanyikan beramai-ramai lagu-lagu seperti Ku Tak Bisa, I Miss You But I Hate You, Kamu Harus Pulang, Orkes Sakit Hati dan Virus.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

gempak
18/09/2024
15:25 MYT
Ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan sesetengah rakyat Malaysia yang cakap tidak serupa bikin apabila terjadi kepada diri sendiri.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!