,
Viral

Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”

Umirah Halim
11/07/2024
10:22 MYT

Salah seorang daripada peniaga durian tular yang dikenali sebagai Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady, 25, atau Irfan tampil membuat permohonan maaf susulan kandungan berniaga separuh bogel yang dimuatnaik oleh pihaknya disalahertikan oleh beberapa pihak.

Tak sangka tular

Kata Irfan, dia tidak menyangka kandungan yang dimuatnaik itu bakal menjadi tular dan memohon maaf sekiranya ada yang menyinggung segelintir pihak.

Malah, pihaknya turut memaklumkan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama dan menerima semua teguran netizen dengan terbuka.

BERITA TRENDING: Makin Sado, Peminat Samakan Body Khai Bahar Dengan Jungkook BTS

BERITA TRENDING: “Kerana Ia Mengundang Fitnah” - JHEAT Beri Nasihat Kepada Duda Sado Jual Durian Tak Pakai Baju

BERITA TRENDING: #PE3: “Sebab Kerjalah Saya Berjaya” - Shaheizy Sam Buat Six Pack, Isteri Approved Sebab Jarang Dapat Tengok!

“Kami tak sangka akan jadi viral content ni sebab sebelum ini pun kami pun ada je buat content, kami bukan nak mengajar atau menggalakkan cuma benda ni terjadi secara tidak sengaja.

“Content tu pun kami buat tak ikut sesiapa. Kalau dari content kami yang ada unsur negatif dan tak baik kami memang tak sokong.

“Ketika meniaga ni kami pakai je baju macam biasa cuma waktu tu sahaja kebetulan buka baju sebab panas.

“Kalau komen yang negatif kami pun terima dengan hati yang terbuka sebab kami anggap benda itu pun dari silap kami sebab kami tak menyangka benda tu viral.

BERITA TRENDING: Abang Sado Tarikan Utama Gerai Durian Papa Muda - "Tahun Lalu Badan Kami Kurus Kering Lagi..."

“Kami dari Durian Papa Muda cuma boleh mohon maaf sahaja kepada mana-mana pihak yang terasa, benda ni bukan kami yang mahukan dan bukan benda yang kami mahu ulangi.

Sementara itu, Irfan turut memberitahu kandungan yang dimuatnaik itu tidak dirancang dan hanya dilakukan bertujuan untuk hiburan semata-mata.
“Sebenarnya kami tak rancang pun untuk buat content tu bukan konten strategi pun ianya hanya sekadar content untuk hiburan semata cuma jadi macam ni kami terkesan juga la
“Kami anggap ini kesilapan dan kami sedar kesilapan dan anggap teguran daripada tuhan kami ambil negatif jadi kan positif. Terima kasih juga teguran itu yang mana baik kami terima dengan terbuka,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sebelum ini, penampilan peniaga lelaki di gerai itu yang tidak berbaju nyata menarik perhatian kaum hawa terutama selepas video dimuat naik di TikTok rasmi gerai berkenaan mendapat reaksi pelbagai pihak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Viral

Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

gempak
07/09/2024
02:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan @cymfvlkrum dilaman TikTok dia sangat kagum dengan tindakan pasukan bomba yang tiba dilokasi kebakaran kurang daripada 10 minit.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.