,
Viral

Peniaga Ayam Goreng Didakwa Mirip Lisa BLACKPINK, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gadis Ini!

Gempak
02/07/2024
01:55 MYT
Ketika nama Lisa sedang hangat menjadi bualan dek penerbitan single terbaharunya, Rockstar, seorang gadis yang dikatakan mirip penyanyi asal Thailand itu turut viral di media sosial.
Tular selepas rakaman video menjual ayam goreng dikongsi oleh puluhan netizen, gadis yang turut mempunyai gaya rambut seperti Lisa itu kini semakin dikenali dan menjadi topik bualan ramai orang.

Ayam goreng

Siapakah gerangannya wanita ini? Jom kenali Yiwha, peniaga ayam goreng yang sedang menjadi bualan warganet di alam maya:
Individu bernama Yiwha ini mula meraih tumpuan selepas klip video dia menjual ayam goreng viral di internet. Berusia 17 tahun, Yiwha merupakan peniaga kecil di sebuah daerah yang dikenali sebagai Samut Prakan.
Yiwha kini belajar di Gred 5 di Sekolah Taphan Hin di Phichit. Dia pulang ke Samut Prakan sempena cuti sekolah bagi membantu ibunya menjual ayam goreng di Pasar Wat Asokaram di Samut Prakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Jalan Yaowarat ‘Lengang’ Ketika Penggambaran MV Rockstar, Lisa Dikatakan Bayar RM2,570 Kepada Setiap Pekedai Supaya Tutup Awal

ARTIKEL BERKAITAN: BLACKPINK Lancar Filem Konsert Sempena Ulang Tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa BLACKPINK Hanya Perlu 2 Jam 18 Minit Kumpul 1 Juta Pengikut Di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual Terlalu Padat, Jennie BLACKPINK Pernah Tidak Tidur 4 Hari

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Berlakon Di Layar Kaca, Lisa BLACKPINK Sertai The White Lotus Musim Ke-3

Ibu Yiwha, Benyapa, 36, menzahirkan rasa gembira kerana peniaga-peniaga yang turut berniaga di pasar itu sering mendekatinya, mengulas tentang persamaan anak perempuannya dengan Lisa.

Yiwha sendiri berasa teruja dan gembira apabila dibandingkan dengan Lisa. Malah ada yang meminta untuk bergambar dengannya.
Selain itu, Yiwha juga menyatakan rasa terbuka jika diberi peluang untuk melibatkan diri dalam industri hiburan.
Sumber: The Nation Thailand
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand!

gempak
16/09/2024
23:25 MYT
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (100 baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
Berita

Syarikat Thailand Tawarkan Cuti Tinder Kepada Pekerja! - "Boleh Guna Untuk Keluar Temu Janji Dengan ..."

gempak
05/09/2024
15:55 MYT
Sebuah syarikat dari Thailand telah menawarkan manfaat yang tidak konvensional kepada pekerjanya iaitu cuti Tinder.
Viral

Nak Balik Rumah Peranginan, Rumah Peranginan Lesap

gempak
28/08/2024
18:55 MYT
Tak sampai sebulan selepas melawat rumah peranginan, tahu-tahu rumah tersebut lesap begitu sahaja.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.
Viral

Baru Nak Melepas Hajat, “Adik” Pula Digigit Ular

gempak
22/08/2024
03:25 MYT
Seorang lelaki di Thailand berhadapan dengan detik cemas apabila dia digigit seekor ular semasa sedang membuang hajat.