,
Laman Utama

Pengurusan Lama Jadi Punca! Mahu Selesaikan Cepat, Shuib Dah Jumpa KWSP Lunas Bayaran Secara Ansuran

Mya Amri
11/11/2023
00:41 MYT
Pelawak dan usahawan, Shuib mengakui berlaku masalah kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kaki tangan syarikat syarikat minuman yang diasaskannya iaitu Bubble Bee.
Menurut Shuib, masalah itu berlaku disebabkan masalah kelemahan daripada pihak pengurusan terdahulu.
Enggan mendiamkan diri, Shuib juga memaklumkan pihaknya juga sudah mengadakan rundingan dengan KWSP bagi bagi menyelesaikan isu bayaran caruman pekerja yang tertunggak.
“Kami akui, ya Bubble Bee ada ‘sangkut’ KWSP, cuma saya nak buat pencerahan sebab bila surat layang itu dikeluarkan di TikTok, seolah-olah kami memang langsung buat tak tahu tentang caruman KWSP setiap kakitangan kami.
“Itu macam tak okay sangatlah sebab saya nak beritahu mula dari awal tahun ini kami berhubung dengan KWSP, maklumkan kepada pihak mereka tentang situasi tunggakan caruman yang mana kami tidak dapat bayar sekali gus.
"Kami buat rundingan untuk bayar secara ansuran sebab itu adalah kewajipan syarikat, macam macam mana pun kena bayar.
“Itu adalah hak pekerja, dan alhamdulillah kami pun ada buat pembayaran cuma menunggu untuk keputusan berapa kali ansuran dan setiap ansuran itu berapa kali yang kami boleh bayar,” jelas.
Shuib menjelaskan perkara itu menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Shuib juga memohon maaf kepada semua pihak yang terjejas dengan isu kelewatan pembayaran KWSP terutamanya kakitangan Bubble Bee.
“Saya dan pihak Bubble Bee nak minta maaf kepada kakitangan termasuklah bekas pekerja di atas kekurangan dan kekhilafan ini.
“Insya-Allah kami akan selesaikan secepat mungkin, saya tak nak ada salah faham,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Lambat Bayar Gaji, Tak Carum KWSP, Individu Layang Surat Terbuka Untuk Bubble Bee - “Majikan Bermewah-Mewahan Tapi Pekerja Tercungap-Cungap”

Terdahulu, tular di TikTok mengenai seorang individu yang tidak dikenali memuat naik kenyataan mendakwa jenama pencuci mulut dan minuman Bubble Bee milik pelawak Shuib Sepahtu culas menjalankan tanggungjawab sebagai majikan dalam mencarum menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak awal tahun 2023.
Tidak cukup dengan itu, individu terbabit juga turut mendakwa berlakunya kelewatan pembayaran gaji serta elaun kerja lebih masa pekerja Bubble Bee.
Di bawah merupakan video penuh penjelasan Shuib mengenai isu KWSP:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar