gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kes Lemas Berulang, UniSZA Keluar Notis Larangan Aktiviti Di Air
KELUANG MAN
Penangan Nostalgia Keluang Man, Lebih 7,000 Orang Enjoi Di Acara Fun Run Superhero Original Pertama Malaysia
HIBURAN
“Takkanlah Mama Saya Nak Racun Anak Sendiri” – Selesai Berpantang, Atikah Suhaime Berang Ditegur Makan Ikan Pari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Pengantin Perempuan Lari, Adik Jadi Ganti

gempak
Gempak
17/02/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
Pengantin Perempuan Lari, Adik Jadi Ganti

Demi menjaga maruah keluarga, seorang wanita terpaksa 'berkorban' dengan mengambil alih tempat kakaknya yang melarikan diri sehari sebelum majlis akad nikah gara-gara tidak bersetuju dengan jodoh pilihan keluarga.

Dalam kejadian di Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan, Iman Handayani terpaksa bersetuju meneruskan majlis perkahwinan itu bersama calon pasangan suami kakaknya, Asdar pada Selasa.

Menurut jiran tetangga hanya mahu dikenali sebagai Ruki, pengantin perempuan berkenaan yang bernama Wilda pada awalnya menentang perkahwinan tersebut, namun akur dengan desakan keluarga.

Bagaimanapun, wanita itu kemudiannya berubah fikiran sehari sebelum majlis akad nikah berlangsung.

“Pada mulanya Wilda menentang perkahwinan tersebut namun atas desakan ibu bapa, dia akhirnya bersetuju,” kata Ruki.

Kejadian tersebut bermula apabila keluarga pengantin lelaki, Asdar datang meminang Wilda yang ketika itu merantau di Kalimantan bersama ibunya.

Namun, apabila pulang ke kampung halamannya di Desa Paitana, Wilda nekad untuk tidak meneruskan akad nikah dan bertindak melarikan diri menjelang hari perkahwinan.

“Sehari sebelum majlis, Wilda sudah menyatakan bahawa dia enggan berkahwin dan terus melarikan diri,” tambah Ruki.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Adik
#Kahwin Paksa
#Pengantin Lari
Must-Watch Video