gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Merisaukan! 76 Peratus Rakyat Terengganu Obesiti
HIBURAN
Marc Syahmie Syukur Sudah Bebas Kanser, Kini Aktif Berlakon Semula
HIBURAN
Dakwa Diugut! Elliza Razak Minta ‘Support’ Bisnes Untuk Selesai Hutang - “Pihak Bertanggungjawab Hilang Tanpa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Pengantin Perempuan Ditampar Mentua Ketika Salam Minta Restu

gempak
Gempak
22/02/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Pengantin Perempuan Ditampar Mentua Ketika Salam Minta Restu

Hari bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Kejadian memalukan itu menimpa pengantin perempuan dikenali sebagai Dilla yang berasal dari Bontang, Kalimantan Timur di Indonesia.

Rakaman insiden itu yang dikongsikan @nenktainment menerusi Instagram turut menjadi tular di media sosial.

Pada mulanya, proses sungkeman atau memohon restu orang tua di majlis yang berlangsung di Sulawesi Selatan berjalan lancar.

Namun, suasana menjadi tegang ketika pengantin perempuan duduk bersimpuh di hadapan ibu mentuanya.

Momen Dilla mencium tangan ibu mentuanya dengan tertib dan dibalas tamparan secara spontan oleh wanita itu turut dirakamkan jurugambar.

Pengantin lelaki dikenali sebagai Ali bagaimanapun terkejut lalu bingkas bangun dan menegur perbuatan ibunya.

Tetamu undangan dan ahli keluarga yang lain juga terkesima menyaksikan insiden tersebut.

Dilla turut berkongsi catatan di media sosial untuk menerangkan punca dia diperlakukan sedemikian.

"Mamaku sendiri tidak pernah menyakitiku. Sejak dari awal bercinta dengan Ali, saya tidak pernah mendapat restu daripada mentua kerana profesi sebagai penyanyi.

"Selain itu, dia juga tidak bersetuju dengan pernikahan kami kerana saya ibu tunggal. Saya cuba bertahan kerana Ali tetap mempertahankan saya sehingga kami disatukan," lapor TribunnewsBogor.com pada Khamis memetik catatannya itu.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Perkahwinan
#Indonesia
#Pengantin
#Kena Tampar
Must-Watch Video