Laman Utama
Pengantin Lari Lepas Jamu Tetamu Dengan Hidangan Berjumlah RM34,600
Sepasang pengantin baru ini layak digelar ‘runaway bride’ apabila tidak dapat dikesan selepas melangsungkan majlis resepsi di sebuah restoran.
Pengantin lelaki berusia 40 tahun merupakan seorang kontraktor tempatan mengahwini wanita Jerman, 25, dilaporkan berhutang dengan sebuah restoran di Rome, Itali sebanyak RM34,600.
Menerusi laporan DailyMail.uk, mereka masih bergembira dan berpesta dengan 80 tetamu yang diundang meraikan perkahwinan pada 24 September lalu.
Pasangan itu malah bertukar janji, makan bersama keluarga dan kenalan pada majlis yang dilangsungkan berdekatan dengan kolam renang.
Kesemua tetamu juga dijamu hidangan seperti yang dipersetujui antaranya menu berasaskan ikan.
Pihak restoran menjelaskan pasangan tersebut telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM16, 300 sebelum berjanji melunaskan baki keseluruhan hutan usai majlis.
Namun kedua-duanya didakwa ‘lesap’ pada esok hari selepas pihak restoran gagal menerima bayaran RM34,600 seperti yang dijanjikan.
Selepas siasatan dijalankan, pasangan pengantin tersebut bukan hanya melarikan diri tetapi didapati telah meninggalkan negara! Dan kini pasangan tersebut menjadi buruan pihak berkuasa Itali.
Must-Watch Video