,
Laman Utama

Penganjuran Konsert Artis Barat; "Jangan Undang Kemurkaan Allah" - Ahmad Marzuk

Awani
28/08/2022
14:50 MYT
"Jangan melakukan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah apatah lagi negara baru bergerak bebas selepas COVID-19 melanda dunia".
Demikian peringatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berhubung kekerapan penganjuran konsert artis Barat di negara ini.
"Memang sepatutnya bantahan itu perlu disuarakan. Kerana penganjuran konsert bukan daripada pihak kerajaan.
"Ia barangkali datang daripada pihak tertentu... yang memohon permit dan lesen. Dan sepatutnya perkara itu tak perlu dalam situasi kita baru nak memulih daripada COVID-19 ini.
"Dan alhamdulillah kitapun sudah bebas boleh terbuka semula dari segi sektor ekonomi dan juga pergerakan yang sudah bebas.
"Jangan kita buat perkara-perkara yang boleh mengundang semula kemurkaan Allah Taala kerana kita tahu bahawa setiap musibah penyakit yang datang itu itu barangkali teguran daripada Allah untuk menyedarkan kita," katanya.
Ahmad Marzuk berkata, penganjuran konsert yang kadangkala luar daripada norma seperti kehadiran artis Barat yang menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) juga tidak disenangi oleh kerajaan.
Katanya, penganjur perlu menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
Ahmad Marzuk berkata, beliau menyokong sebarang bantahan yang disuarakan ke atas penganjuran konsert artis Barat.
Terbaharu Dewan Pemuda Pas memberi amaran untuk menggerakkan bantahan di seluruh negara jika kerajaan kekal dengan keputusan membenarkan konsert diadakan.
Pemuda Pas memaklumkan penganjuran konsert itu tidak sesuai pada masa, selain ia tidak membawa sebarang nilai bersesuaian dengan agama Islam.
Tambah Ahmad Marzuk, walaupun Pas berada dalam kerajaan namun sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan dengan agama, bantahan perlu dikemukakan.
Sumber: Awani Foto: FMT, Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.