Hiburan
Pengalaman Tom Bersalin Di Hospital Kerajaan Indah - “Harga Pun Sangat Murah”
Penyanyi Tom menganggap pengalaman melahirkan cahaya mata perempuan pertama secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh sangat bermakna dan indah.
BERITA TRENDING: Tom & Fuad Rahman Sambut Cahaya Mata Perempuan Pertama - “Alhamdulillah, Love Anggun”
Berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawatnya, Tom turut mendedahkan dia mendapat layan yang sangat baik selain hanya perlu membayar harga yang murah untuk kos rawatan selama enam hari.
“Terima kasih sangat hospital bersalin Sungai Buloh… enam hari di sini. Melahirkan baby Anggun secara pembedahan. Terima kasih untuk layanan yang baik daripada semua doktor dan jururawat.
“Check pun detail habis… harga pun sangat murah macam biasa. Sebab itu Tom pilih hospital kerajaan. Dah tahu dan dah biasa. Tip top sangat. Love sangat,” kongsi Tom.
Rata-rata netizen memuji Tom malah ada juga segelintir mereka yang memberi cadangan agar penyanyi itu menjadi ikon untuk hospital kerajaan.
Terdahulu, Tom dan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahman menimang cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Anggun pada Ahad lalu.
Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari tahun lalu di Batam, Indonesia.
Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.
Must-Watch Video