,
Hiburan

Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!

Amri Hassan
25/04/2024
03:09 MYT
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Konsep silent cinema ini banyak dijalankan di negara-negara luar, di mana konsep hip dan trendy ini memberi peluang kepada penonton untuk menonton filem secara santai di lokasi-lokasi outdoor dengan menikmati audio menerusi fon kepala (headphone) atau fon telinga (earphone).
Tambah menarik, penonton dapat berhibur bersama rakan-rakan dan keluarga dengan filem-filem hit Astro Shaw sebelum ini yang telah di naik taraf kualiti resolusi gambar. Meskipun ada yang telah menonton filem-filem tersebut sebelum ini, tetapi boleh menyaksikan naskah tersebut dalam kualiti terkini.
Untuk aktiviti pertama, penonton boleh sertai tayangan filem di RXP Hall, RexKL, Kuala Lumpur pada 26 April 2024, Jumaat untuk filem romantik, Busker lakonan Daiyan Trisha dan Hafiz Mikael, manakala pada 27 April 2024, Sabtu bagi filem komedi popular arahan pengarah hebat iaitu arwah Mamat Khalid dan dibintangi oleh Yassin Senario, Bront Palarae, Sharifah Aleya iaitu Man Laksa.
Tayangan akan bermula 10.30 malam dan tiket dijual dengan harga hanya RM10. Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baru ini. Jualan tiket telah di buka sekarang dan penonton boleh dapatkan menerusi laman sesawang rasmi REXKL. Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan di akaun media sosial Hellorexkl, Astro Shaw atau Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.