Hiburan
Pengakuan Keluarga Buat Andre Taulany Gagal Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin
Pelaku seni dan hos Andre Taulany diketahui telah memfailkan perceraian terhadap isteri, Rien Wartia atau Erin beberapa bulan lalu selepas 18 tahun berkahwin.
Namun permohonan cerai yang dituntut Andre kini dibatalkan oleh pihak majlis hakim
Pengadilan Agama Tigaraksa Tangerang, Indonesia.
Permohonan tersebut ditolak dengan salah satu faktor kerana pengakuan keluarga sebagai saksi kes perceraian mereka.
Pihak mahkamah menyatakan anggota keluarga yang menjadi saksi mendedahkan rumah tangga Andre dan Erin selama ini tidak pernah dilanda badai atau berlaku pertengkaran besar.
“Tidak ada pertengkaran, tidak terjadi perselisihan, pertengkaran yang terus-menerus.
“Semuanya (kenyataan) dari pihak keluarga, pihak pemohon dan termohon, yang menyatakan bahwa antara pemohon dan termohon itu hanya kurang komunikasi saja,"kata wakil mahkamah seperti dilaporkan Detik.com.
Lantaran itu pihak mahkamah membatalkan permohonan Andre yang ingin bercerai atas faktor tiada kesefahaman dan pertengkaran besar dan berpanjangan. Mahklamah juga bersetuju menilai kedua-duanya hanya kurang komunikasi.
"Menurut pertimbangan hukum majlis hakim, bahawa dalil-dalil yang dikemukakan oleh Andre itu tidak terbukti adanya pertengkaran dan perselisihan terus-menerus itu tidak terbukti, mereka hanya kurang komunikasi," kata wakil yang sama lagi.
Bagaimanapun keputusan yang diberikan mahkamah boleh berumah sekiranya ada rayuan dibuat oleh pihak Andre.
Pasangan yang berkahwin pada 2005 itu dikurniai tiga cahayamata.
Must-Watch Video