gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ada ‘Makcik’ Tak Kenal Fasha Sandha, Siap Nak Kenenkan Dengan Cucu - “Sampai Ke Sudah Tak…”
BERITA
Jepun, AS Keluar Amaran Tsunami Selepas Gempa Bumi 8.7 Magnitud Gegar Rusia
VIRAL
"Wallahi, Saya Tak Nampak Jalan" - PU Abu Letak Jawatan Mutawif Selepas Jemaah Umrah Kandas Di Jeddah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Pengakuan Ari Wibowo Keluar Islam Jadi Penganut Kristian Lepas Bertemu Tuhan

Maliah Surip
Maliah Surip
19/01/2021
09:20 MYT
Sponsor Banner
Pengakuan Ari Wibowo Keluar Islam Jadi Penganut Kristian Lepas Bertemu Tuhan
Aktor senior Indonesia, Ari Wibowo akhirnya terbuka berkongsi cerita mengenai perjalanan peribadinya murtad atau pindah agama.
Ari yang kini berusia 50 tahun dilahirkan dan merupakan seorang Muslim beragama Islam. Beliau dilahirkan di Jerman dan berpindah menetap di Indonesia selepas berusia 10 tahun.
Namun, beliau yang cukup terkenal pada era hujung 80an dan 90an membuat keputusan menukar agama kepada Kristian.
Tanpa menyebutkan dengan lengkap pada usia berapa beliau menjadi penganut Kristian, Ari mengaku menjadi murtad selepas mengunjungi sebuah gereja kecil di Jerman dan telah 'bertemu' Tuhan.
"Sebenarnya saya lahir sebagai Muslim, ikut agama Islam bapa saya. Saya kan lahir di Jerman. Jadi sewaktu di sana, walaupun saya beragama Islam, saya pernah mengunjungi sebuah gereja kecil di Konstanz, Jerman," ujar Ari membuka cerita sewaktu menjadi tetamu di saluran YouTube Daniel Mananta, semalam.
Lelaki yang juga merupakan seorang model ini kemudian melanjutkan ceritanya dengan mengatakan saat masuk ke gereja itulah dirinya telah 'bertemu' dan 'disapa' oleh Tuhan Jesus.
"Jadi saat saya masuk ke gereja itu, saya bertemu Tuhan. Tuhan seperti pertama kali memperkenalkan dirinya kepada saya, iya jadi begitulah," kata Ari.
Pelakon yang pernah membintangi sebuah filem Malaysia berjudul Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami pada tahun 2010 itu kemudian memberitahu kembali mengunjungi gereja yang sama dan memperkenalkan tempat beliau murtad kepada isterinya, Inge Anugrah semasa berlibur ke Konstanz pada tahun 2006.
Sayangnya saat itu sang isteri kepenatan dan hanya beliau bersama ibu yang mengunjungi kembali gereja kecil yang disifatkan Ari sebagai tempat pertama kali dirinya bertemu Tuhan.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Indonesia
#Islam
#Jerman
#Murtad
#Agama
#Kristen
#Ari Wibowo
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement