,
Laman Utama

Pengakuan Amitabh Bachchan Kena Buli Cyber: “Gambar Saya Pun Kena Kutuk”

Maliah Surip
10/08/2022
13:54 MYT
Dunia media sosial dipenuhi dengan masyarakat toksik. Jika tidak masakan banyak pengguna atau warganet terutama dalam kalangan pesohor dan orang terkenal mengambil keputusan bunuh diri selepas teruk dibuli di alam maya.
Rupa rupanya, pesohor seperti Amitabh Bachchan pun tidak terlepas mengalami nasib sama ; dibuli di alam maya. Demi menjaga mentalnya, karyawan seni Bollywood ini mengatakan akan sangat berhati hati menulis atau mahu mengemas kini platform media sosialnya.
Pengakuan tersebut dibuat sewaktu beliau mengacarakan program kuiz popularnya, Kaun Banega Crorepati (KBC).
“Saya pertama kali ‘main’ media sosial melalui dunia blog. Saya menulis di blog sendiri tanpa memikirkan akan ada komen atau kata kata jahat yang ditinggalkan.
“Bukan sahaja komen terhadap penulisan, tetapi kadang ia terjadi apabila saya hanya memuat naik gambar. Ada komen berbunyi ‘anda fikir anda siapa’ dan banyak lagi komen yang tidak boleh saya bayangkan hanya pada sekeping gambar,” dedahnya seperti dilaporkan Hindustantimes.
Amitabh yang sudah berkecimpung selama 50 tahun dalam industri hiburan dan glamor ini juga mengatakan tidak dapat mencerna dengan otak yang waras apabila mendapat banyak komen jahat dan bersifat buli.
“Saya tidak tahu hanya dengan menulis atau memuat naik sekeping gambar pun dikutuk dan boleh dibuli di media sosial.
“Jadi saya belajar untuk lebih berhati hati dengan setiap perkongsian, tidak kira ia penulisan ataupun hanya sekeping gambar,” akuinya.
Selain Twitter, pesohor berusia 79 tahun ini juga memiliki akaun Instagram. Akaun tersebut digunakan untuk mempromosi karier dengan mempunyai lebih 30 juta pengikut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.