,
Laman Utama

Penerima Hati Pertama Meninggal Dunia, Penderma Hiba; "Afiq Bawa Sebahagian Hati Saya Menghadap Ilahi"

Amri Hassan
02/03/2021
05:06 MYT
Penerima hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, yang sebelum ini dilaporkan kritikal sejak 13 Februari lalu meninggal dunia pada Selasa.
Berita tersebut dikongsikan Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail yang juga penderma hati kepada Mohd Afiq Ikmal.
Wan Mohd Hafizam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada bapa Mohd Afiq, Muhammad Zaini Rahim pagi tadi memaklumkan berita tersebut.
"Panggilan diterima selepas Subuh ketika saya dalam perjalanan pulang selepas berjemaah di surau berhampiran rumah.
"Sememangnya saya terkejut kerana semalam (Isnin) semasa melawatnya bacaan jantungnya normal, namun kita kena reda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Dalam pada itu, Wan Mohd Hafizam mengakui sedih dengan khabar pemergian Mohd Afiq Ikmal.
"Saya jangka saya pergi dulu kerana dari segi usia saya lebih tua berbanding Allahyarham. Saya sebenarnya berharap Afiq dapat terus hidup lebih lama dan menyambung legasi sebagai penderma organ suatu hari nanti, tetapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya.
"Sebahagian hati saya dalam tubuh Allahyarham dan dia bawa sekali bahagian itu menghadap llahi. Sebahagian daripada saya juga sudah dikebumikan," katanya.
Mengimbau perjalanan Mohd Afiq Ikmal dirawat di Hospital Selayang, Wan Mohd Hafizam berkata, beliau ada menyuarakan hasrat untuk sekali lagi mendermakan sebahagian hatinya kepada Allahyarham.
"Hasrat ini dinyatakan kepada keluarga Mohd Afiq Ikmal selepas saya dimaklumkan Allahyarham perlu menjalani sekali lagi pembedahan pemindahan organ, apabila dia berada dalam keadaan stabil.
"Bagaimanapun, ia tidak kesampaian dan kami semua ketika itu sentiasa mendoakan Allahyarham dapat kembali sembuh seperti sedia kala," katanya.
Jenazah Mohd Afiq bakal dibawa pulang ke Tikam Batu, Kedah hari ini untuk urusan pengebumian.
Mohd Afiq dimasukkan ke Hospital Selayang sejak 13 Februari lalu selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mohd Afiq menjalani pemindahan hati ketika usianya 14 bulan.
Sumber: Sinar Harian, BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”

gempak
22/11/2024
05:25 MYT
Selepas empat tahun berjuang sebagai pesakit buah pinggang dan menerima rawatan dialisis, seorang doktor akhirnya melahirkan rasa syukur apabila dia kini tidak perlu lagi berbuat demikian serta boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Viral

Bomba Potong Dua Cincin Tersekat Pada Kemaluan Lelaki

gempak
17/11/2024
04:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi memotong dua cincin yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Kedah pada Sabtu.
Hiburan

Kongsi Video BTS Fitting Busana Bentuk Hati, Gelagat Aina Abdul Buat Netizen Terhibur - “Punya Lah Berat Benda Tu…”

gempak
17/11/2024
03:55 MYT
Perkongsian video penyanyi Aina Abdul yang memaparkan momen di sebalik tabir pembikinan busana berbentuk hati yang digayakan sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Masih Pujuk Diana Danielle, Farid Kamil Kongsi Surat ‘Cinta’ 12 Tahun Lalu - “Selalu Bahagia Hingga Kita Bersatu Kembali…”

gempak
03/11/2024
14:27 MYT
Pelakon Farid Kamil berkongsi semula sepucuk surat yang pernah ditulisnya pada hari pernikahan dia dengan isterinya yang juga aktres Diana Danielle.
Hiburan

Risteena Kongsi Video Bersama, Netizen Cuit Kenangan Lakonan Fattah Amin 12 Tahun Dulu - "Poyo Gila Mamat Ni"

gempak
30/10/2024
01:55 MYT
Pelakon Risteena Munim kembali mencuit kenangan berlakon bersama aktor kacak, Fattah Amin menerusi drama rantaian Playboy Itu Suami Aku sekitar 12 tahun lalu.
Unitar