VIRAL
Penduduk Habiskan Rendang Lembu 200kg Dari Kuali, Willie Salim Dakwa Bukan Direka: “Saya Mohon Maaf…”
Konten kreator Willie Salim yang menjadi buah mulut kerana perkongsian mengenai rendang lembu yang sedang dimasaknya licin ‘dikebas’ warga Palembang baru-baru ini membuat permohonan maaf.
Pemohonan maaf itu dibuat selepas ramai berasa tersinggung dengan konten yang disifatkan memperlihat sikap buruk masyarakat Palembang.
Menerusi perkongsian sebelum ini, Willie memasak satu kuali besar daging lembu 200 kilogram untuk diagihkan kepada warga setempat.
Namun sewaktu memasak dia meninggalkan lokasi kerana ingin pergi ke tandas. Willie bagaimanapun terkejut kerana sebaik pulang, kuali yang berisi penuh rendang sebelumnya telah licin.
Warga diketahui mengambil rendang yang belum cukup matang dimasak menggunakan gayung sehingga plastik.
“Pergi ke toilet sebentar, tiba-tiba diberitahu rendang hilang," tulis Willie Salim dalam kontennya.
Kerana kenyataan itu ramai warga Palembang yang tidak berpuas hati sekaligus mendorong Willie membuat permohonan maaf.
“Saya minta maaf sebesar-besarnya untuk seluruh warga Palembang yang tersakiti gara-gara rendang viral. Banyak cerita tidak enak terhadap warga Palembang," kata Willie Salim dalam video yang dikongsi di Instagram miliknya.
Dia juga menegaskan insiden rendang lembu yang habis bukan salah warga Palembang. Dia mengaku tidak kecewa atas kejadian tersebut.
"Ini bukan salah warga Palembang. Sepenuhnya salah saya kerana saya kurang persiapan. Mohon maaf kerana saya pertama kali memasak sebanyak itu untuk dikongsikan bersama ribuan warga Palembang.
“Saya tidak kecewa dengan kejadian yang berlaku tapi sangat gembira melihat keterujaan warga kerana akhirnya rendang itu saya masak untuk mereka,” ujarnya lagi seperti dilaporkan Kompas.
Willie Salim juga mengaku konten yang dibuat bukan sengaja direncana.
“Saya tidak rancang konten ini, semua yang terjadi adalah kerana kebodohan saya. Mohon jangan salahkan warga Palembang,” katanya lagi.
Must-Watch Video