,
Viral

Pendarahan Fatimah ‘The Family UK’ Berhenti Secara Tiba-Tiba, Keluarga Luah Rasa Syukur

Firdaus
25/05/2024
11:25 MYT
Dengan keajaiban Allah, keadaan personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ difahamkan semakin beransur pulih.

“Dalam sekelip mata, darah yang mengalir tanpa henti selama 8 hari tiba-tiba kering...

Menerusi hantaran yang dibuat oleh akaun rasmi keluarga itu sendiri, selepas lapan hari pendarahan yang dialami oleh Fatimah berhenti dengan ajaibnya dua jam sebelum masuk ke teater pembedahan.
“Selepas lapan hari pendarahan, doktor terpaksa buat keputusan menidurkan Fatimah dalam usaha untuk menghentikan pendarahan. Dua jam sebelum masuk teater pembedahan, dengan kuasa Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, pendarahannya berhenti dengan tiba-tiba.
“Dalam sekelip mata, darah yang mengalir tanpa henti selama 8 hari tiba-tiba kering tanpa tinggal walau setitis!
“Besar sungguh rahmat Allah. Hebat sungguh kuasa Allah. Sehingga semua doktor dan jururawat terkejut pendarahan berhenti dengan sendiri dalam sekelip mata!,” tulisnya.

Ucap Rasa Penghargaan

Pada penghujung coretan, keluarga tersebut sempat menitipkan penghargaan buat pihak di luar sana yang tidak berhenti berdoa untuk kesihatan Fatimah.
“Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.
“Fatimah mash lagi lemah dan sakit. Kami pohon jasa baik anda semua untuk terus mendoakan Fatimah. Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT. Semoga masih ada lagi keajaiban yang menanti Fatimah,” tambah keluarga itu lagi.

BERITA TRENDING:Fatimah ‘The Family UK’ Alami Pendarahan Tanpa Henti Selepas Pembedahan, Keluarga Mohon Teruskan Doakan Puteri Kesayangan

Untuk info, Fatimah meraih populariti kerana bertutur dalam dialek Kelantan meskipun membesar di United Kingdom.
Telatah Fatimah bersama adik-beradiknya iaitu Omar Mukhtar dan Ali dikongsi menerusi Instagram The Family UK yang memiliki lebih 700,000 pengikut.
Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.