,
Hiburan

Pendapatan Syarikat RM50 Juta Setahun, Netizen Kagum Dengan Kejayaan Bisnes Mila Jirin

Umirah Halim
16/01/2024
06:00 MYT
Penyanyi Mila Jirin, mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi sebuah video mengimbau kepayahan sepanjang menjadi usahawan dalam tempoh membina empayar perniagaannya yang dikenali sebagai Bizmilla.
Dalam video tersebut Mila, 37, menceritakan tentang liku-liku yang perlu dilalui termasuk pernah dipandang serong ketika bertemu dengan seorang pegawai bank ketika ingin membuat pinjaman RM100,000.
Lebih menyedihkan lagi apabila individu tersebut turut mengatakan perniagaannya tidak akan berjaya memandangkan perniagaan yang diceburinya adalah kelas ketiga iaitu katering dan pengurusan perkahwinan. "Saya ingat sampai sekarang, 14 tahun lalu lepas jumpa seorang pegawai bank untuk buat pinjaman RM100,000 dia cakap perniagaan saya ini adalah kelas ketiga, tidak boleh berjaya.
Saya menangis dalam kereta selepas jumpa dia namun suami cakap dia bukan Tuhan untuk berkata begitu dan kami teruskan usaha," kongsinya di dalam video tersebut.
Tidak pernah patah semangat dengan komen negatif sebegitu, Mila kini membuktikan bahawa usahanya itu membuahkan hasil apabila pendapatan perniagaannya tersebut mencecah sehingga RM50 juta setahun.
"Saya dan suami tidak patah semangat malah yakin dengan perancangan Allah"
"Perniagaan saya beri manfaat kepada 250 orang pasukan dengan caruman skim simpanan wang pekerja (KWSP) lebih RM600,000 sebulan," tambahnya.

Berita Trending: “Adakah Saya Kena Scam?” – Tak Beli Online Tapi Mila Jirin Terima Bungkusan

Perkongsian tersebut turut menerima reaksi positif netizen yang rata-rata nya kagum dan memuji perniagaan yang dijalankan Mila.
Antara komen yang diterima adalah:
“Saya salah seorang client Bizmilla, sangat recommend kalau nak ambik pakej dengan dia.
“Baru tahu bizmilla tu Mila Jirin punyaa. Admirable sangat,” tulis beberapa pengguna X.
Sekadar info, Mila memulakan perusahaan ini bersama suaminya, Isz Mustapha sejak tahun 2013.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

gempak
02/09/2024
21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Premis Perniagaan Sekitar Sepi, Lengang

gempak
25/08/2024
12:55 MYT
Walaupun premis perniagaan di sekitar lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, masih dibuka dan beroperasi seperti biasa namun kawasan itu kelihatan sepi kerana kurang pengunjung.
Hiburan

Datuk Alha Alfa Tak Suka Jual Drama Tagih Publisiti Untuk Lariskan Perniagaan - "Saya Bukan Sejenis Itu.."

gempak
01/07/2024
11:55 MYT
Seringkali kita melihat beberapa usahawan tempatan menggunakan taktik seperti drama atau gimik bagi meraih publisiti dan perhatian orang ramai.
Viral

Bagasi Tak Lepas Kaunter Check-In, Aliff Syukri Rugi Ribuan Ringgit Disebabkan Urusan Bisnes Luar Negara Tergendala

gempak
03/06/2024
04:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata, daripada 10 bagasi yang dibawa untuk didaftar masuk, namun, hanya lapan sahaja yang berjaya diproses.
Hiburan

8 Tahun Menunggu, Mila Jirin Dapat Izin Suami Lancar Lagu Sandera! - "Banyak Perkara Saya Korbankan"

gempak
25/03/2024
04:55 MYT
Sandera jadi runut bunyi drama Khunsa.