,
Berita

Pendapatan Astro Suku Tahun Kedua FY25 Meningkat 2 Peratus Kepada RM787 Juta

Awani
30/09/2024
13:25 MYT
Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) mencatat prestasi kukuh pada suku kedua tahun kewangan 2025, dengan pendapatan meningkat dua peratus suku ke suku kepada RM787 juta.
Ia didorong oleh peningkatan pendapatan langganan yang dipacu oleh acara sukan utama dan permintaan berterusan bagi perkhidmatan jalur lebar.
Syarikat itu dalam kenyataan hari ini berkata keputusan tersebut dicapai sungguhpun cabaran dalam persekitaran pengiklanan di mana perbelanjaan pengiklanan (Adex) merosot sebanyak 19 peratus suku ke suku kepada RM70 juta berpunca daripada faktor luaran seperti konflik Asia Barat yang berterusan.
"Tanpa mengambil kira keuntungan pertukaran mata wang asing yang belum direalisasikan daripada liabiliti sewaan transponder, keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) ternormal sebanyak RM27 juta; peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding suku sebelumnya.
Ia menambah, dalam tempoh sama, reputasi Astro terus mengukuh sebagai Home of Sports Malaysia, sekali gus menguatkan syarikat itu sebagai destinasi kandungan premium acara sukan.
"Sebagai penyiar terkemuka negara, Astro memberikan pengalaman tiada tandingan dengan menghimpunkan jutaan rakyat Malaysia bagi menyaksikan beberapa acara sukan terbesar di dunia.
"Dari detik mendebarkan UEFA Euro 2024 hingga ke kegemilangan Copa America 2024 dan kemegahan Sukan Olimpik di Paris, Astro bukan sahaja membawakan liputan malah menyediakan platform menghidupkan dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan negara.
"Acara-acara sukan terkemuka ini telah menarik sejumlah 15.4 juta penonton di Astro, memeriahkan lagi semangat rakyat Malaysia selain memberi sokongan kepada rangkaian kandungan kami," jelas syarikat itu lagi. Dalam perkembangan sama, bilangan pengguna jalur lebar Astro Fibre mencatat kenaikan 11 peratus tahun ke tahun, hasil daripada pakej yang menarik.
sooka juga menyaksikan perkembangan signifikan dengan pengguna aktif bulanan meningkat kepada 60 peratus kepada 1.3 juta dan jumlah pelanggan VIP yang membayar lebih daripada dua kali ganda.
Astro juga memaklumkan, sepanjang 2024, Astro AWANI terus menyerlah membuktikan sekali lagi mengapa saluran berita 24 jam itu kekal sebagai jenama Berita Paling Dipercayai di Malaysia oleh Reuters Digital Institute dan University of Oxford untuk tahun ketujuh berturut-turut.
Selain itu, pengaruh Astro juga melangkaui sempadan negara termasuk meraih sembilan anugerah berprestij pada Anugerah ContentAsia 2024 di Taipei.
"Selain itu, penjanaan tunai kekal kukuh, dengan aliran tunai bebas meningkat sebanyak 52 peratus kepada RM 171 juta suku ke suku," kata kenyataan itu pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata perjalanan transformasi syarikat didorong oleh komitmen ‘Team Astro’ untuk menjadikan syarikat sebagai destinasi hiburan dan penstriman nombor satu di Malaysia.
"Dalam usaha kami untuk pertumbuhan yang berterusan dan mampan, kami sedang meningkatkan kandungan tempatan dengan memanfaatkan kelebihan kompetitif melalui pengeluaran berkualiti tinggi dan penceritaan segar dalam Astro Originals, siri khas dan filem.
"Kami bertekad mencipta lebih banyak nilai untuk pelanggan dengan memperluas variasi kandungan dalam tawaran peringkat rendah dan menurunkan harga kemasukan untuk Astro dan sooka, bagi menarik lebih ramai pelanggan.
"Saya gembira untuk melaporkan bahawa kami berjaya mempercepatkan pertumbuhan perniagaan berkaitan kami - sooka, Astro Fibre, Enterprise, dan ‘Addressable Advertising’, dengan mencapai segmen pasaran baharu dan sedia ada dengan nilai serta fleksibiliti yang lebih baik," tambah Smith.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria Tak Tertekan Menang Emas Berkilau Of The Week 3 Minggu Berturut-Turut, Akan Terus Usaha Bagi Yang Terbaik

gempak
06/10/2024
02:06 MYT
Tiga minggu berturut-turut memenangi anugerah Emas Berkilau of The Week, peserta Kilauan Emas 2024, Maria menyatakan dirinya tidak tertekan dengan pengiktirafan yang diterima.
Hiburan

Astro Perkenal Program Bual Bicara ‘Borak SeeNI’

gempak
01/10/2024
19:25 MYT
Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada hari ini.
Hiburan

Astro Ungguli 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2024, Bukti Kecemerlangan Industri Hiburan Malaysia

gempak
01/10/2024
04:28 MYT
Astro akan mewakili Malaysia dalam kategori-kategori ini bagi bersaing dengan 16 negara lain di rantau Asia-Pasifik.
Terkini

Drama Dari Mata Turun Ke Hati, Astro Berjaya Cipta Pendengaran Audio 480 Minit Khas Untuk OKU

gempak
27/09/2024
04:26 MYT
Astro sekali lagi membawa pembaharuan dan kelainan apabila berjaya mencipta kandungan drama dengan trek penerangan audio menerusi drama Dari Mata Turun Ke Hati.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
BorakSeeni