,
Hiburan

“Penat Tu Hilang Lepas Tengok Telatah Mereka” - Syahmi Kongsi Kisah Lucu Hasilkan Mael Totey The Movie

Hanafis Haris
27/10/2020
06:57 MYT
Pengarah dan penerbit Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Sazli berkongsi kisah melucukan apabila terpaksa memujuk beberapa pelakon utama filem tersebut untuk menjayakan satu babak penting.
Menurut Syahmi, semua sedia maklum mengenai kekurangan sebahagian pelakon utama filem ini yang terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Jadi ada ketikanya agak sukar untuk memujuk mereka melakukan sebahagian babak sekali gus mendapat shot yang terbaik.
“Antara yang paling mencabar adalah ketika saya dan empat orang lagi semuanya ada dalam satu babak.
“Jadi bayangkan bagaimana saya nak mengarah, bila nak belakon lepas tu terpaksa pujuk mereka.
“Ye lah, mana boleh lama-lama panas, kita pun kena faham mereka. Lagi pun mereka boleh dengan saya je, kena saya juga pujuk.
“Sebab itu ada masa memang kita rehat dulu kemudian shot balik,” katanya.
Jelasnya, biarpun sedikit penat, namun dia tidak kisah kerana semua itu sebahagian daripada pengalaman berharga dalam menghasilkan MTTM.
“Letih tu memang letih, siapa yang tak letih bila nak kawal semua. Tapi penat saya tu hilang bila tengok wajah-wajah mereka.
“Tengok telatah empat orang tu, nak marah pun tak jadi marah,” katanya ketika dihubungi Gempak, baru-baru ini.
BACA: Pecah Rekod! Mael Totey The Movie Raih RM2.56 Juta Lepas 4 Hari Tayangan, Berjaya Kalahkan Filem...
BACA: Gempak Review: Lawak Sponton, Sindiran Halus & Memartabatkan OKU, Filem Mael Totey The Movie Cukup ‘Mahal’
Untuk rekod, MTTM yang mengangkat genre drama komedi ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
MTTM turut membariskan selebriti YouTube Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, penyampai radio GEGAR, Ewan, serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem MTTM yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480.
Anda juga boleh strim MTTM di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.