,
Laman Utama

Penari, Surfer, Artisan Kek Wajah Baharu Kempen Converse Creat Next Asia Tenggara!

Amri Hassan
05/11/2023
08:26 MYT
Converse terus menjunjung semangat komuniti kreatif dengan 'Create Next', sebuah kempen serantau yang bermatlamat untuk memperkasakan belia komuniti-komuniti kreatif dan seniman-seniman (sub)budaya untuk lebih berkarya dalam bidan muzik, seni lukis, sukan, dan fesyen.
Berpusat di Asia Tenggara, kempen ini mengetengahkan belia-belia kreatif serantau dalam satu gerakan budaya yang bersepadu.
Kempen ini adalah kesinambungan tradisi Converse yang sudah lebih seabad mendukung budaya ekspresi diri, menghubungkan ahli-ahli muzik, seniman-seniman, atlit-atlit, serta pemimpi-pemimpi dan pemikir-pemikir muda serata dunia dan budaya untuk terus-menerus berkarya.

BERITA TRENDING: 5 Momen Best Di Acara Converse All Stars Workshop & Soul Feast, Oh Qi Razali & Monoloque Pun Ada!

BERITA TRENDING: Converse Dekati Gen Z! Semarakkan Kempen 'Connect With The Unexpected. Create Now. Create Next'... Kempen Create Next menyaksikan Converse membuat kolaborasi dengan ahli-ahli muzik, penari-penari, pemain-pemain luncur, dan seniman-seniman visual serta sinematografi dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Vietnam and Filipina sebagai model-model dan tokoh-tokoh untuk sebuah kempen yang diharap akan merangsang Gen Z dengan bakat, kerja, dan pencapaian mereka.
Kempen ini adalah satu seruan - mencabar generasi(-generasi) seterusnya untuk menggegar status quo dengan merekacipta, membuat penemuan, dan meluahkan diri mereka dengan Converse sebagai asas dan permulaan menyemarakkan pengalaman-pengalaman dan pencapaian-pencapaian unik sambil meneroka gaya sendiri.
Melalui semangat baharu ini, Converse berharap dapat merangsang belia-belia kita untuk menjadi lebih kreatif dan menghasilkan karya-karya yang inovatif, memecah acuan, dan segar.

Platform kreatif serantau untuk Asia Tenggara

Kempen ini terdiri dari pelbagai aktivasi di setiap negara yang terlibat, sebuah filem pendek 60-saat, dan sebuah jeyarawara.
Jeyarawara ini menampilkan persembahan-persembahan muzik yang telah dijadualkan di beberapa lokasi yang popular di kalangan belia-belia dan komuniti-komuniti kreatif sekitar setiap negara yang terlibat. Converse Indonesia juga akan turut menjayakan konsert muzik Converse yang julung-julung kali di Indonesia pada akhir 2023.
Sebahagian besar kempen ini akan diterbitkan di Singapura, dengan bimbingan seniman sinematografi tempatan Marcus Chow Li Ming yang juga seorang Converse All Star.
Penerbitan akan dijalankan di beberapa lokasi popular untuk Gen Z Asia Tenggara, dan akan menampilkan budaya-budaya dan belia-belia kreatif unik dari setiap negara.
Malaysia akan diwakili oleh seniman-seniman seni lukis muda yang berkarya dalam studio mandiri mereka sendiri. Singapura akan menampilkan sebuah lokasi penuh mural yang popular untuk belia-belia berhimpun; sebuah lokasi yang dimana budaya jalanan Singapura bermula.
Vietnam ditampilkan melalui babak-babak di pasar Ben Thanh yang bertempat di bandaraya Ho Chi Minh, simbol dan jiwa Saigon. Filipina pula mengetengahkan Poblacion Makati, sebuah ruang seni dan muzik yang menjadi latar filem pendek ini.
Antara artis-artis yang berkolaborasi dalam kempen ini termasuk:
• Seniman seni visual dan seni halus, Sofia Harun - Malaysia • Kugiran, Late Night Frequency - Malaysia • Peluncur, Camy - Malaysia • Seniman kek, Charmwasabi- Malaysia • Ahli muzik, Rizkia Laras (@rizia.laras) - Indonesia • Rapper, Cito Gakso (@citogakso) - Indonesia • Peluncur, Calgo (@_calgo) - Indonesia • Penari, Nandita Nada (@nanditanada) - Indonesia • Penari, Shamey (@shxmeelix) - Singapore
• Ahli muzik dan penari, Pay (@payxabengg) - Vietnam • Ahli muzik dan penari, Ken San Jose (@kensanjose) - Filipina
Kempen ini akan dilancarkan Oktober ini di semua saluran Youtube Converse serta platform-platform media sosial negara-negara terlibat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Unitar