Laman Utama
Penangan Mi Kari Kuah Laksa Kampong Pisang Tular, Netizen Dapat Rasa! - “Nak Menangis Bila Makan”
Akibat sepotong babak mi kari kuah laksa di dalam drama Kampong Pisang Bersiri-siri yang tular baru-baru ini, seorang pengguna Twitter sempat merasa hidangan tersebut.
Menerusi laman sosial Twitter, pengguna dengan akaun @MsellebR berkongsi menu hidangan mi kari yang dipesan tetapi tersalah letak kuah laksa.
“Hari tu baru tengok tweet viral pasal Kampong Pisang mee kari kuah laksa, Hari ni jadi dekat aku.
“AKU ORDER MEE KARI SEKALI DAPAT MEE KARI KUAH LAKSA. YA ALLAH! HAHAHAHAHAHAHA NAK MENANGIS BILA MAKAN,” tulisnya lagi.
Pengguna tersebut turut berkongsi foto hidangan tersebut yang menunjukkan mi kuning lengkap dengan telur sebelah dinikmati bersama kuah laksa.
Hari tu baru tgk tweet viral pasal kg pisang mee kari kuah laksa..... Hari ni jadi dkt aku...
AKU ORDER MEE KARI SEKALI DAPAT MEE KARI KUAH LAKSA. YA ALLAH!! HAHAHAHAHAHAHA NAK MENANGIS BILA MAKAN ??? pic.twitter.com/YY6ADULeCs— Belle ? (@MsellebR) December 8, 2020Babak mi kari kuah laksa warung Pak Jabit di dalam Kampong Pisang Bersiri-siri itu sebenarnya merupakan sebuah teaser yang dikongsi sehingga ia tular di laman sosial.
Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.
Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Must-Watch Video