,
Laman Utama

Penampilan Terakhir, Mamat Khalid Pecah Sejarah Jadi Chef Di Program Masakan Terbitan Gempak

Asraf Aided
24/10/2021
08:40 MYT
Berita pemergian pengarah terkemuka Mamat Khalid semestinya mengejutkan industri hiburan dan pencinta filem tanah air.
BACA: Mamat Khalid Meninggal Dunia
Allahyarham meninggalkan karya-karya hebat yang akan terus diminati seperti Hantu Kak Limah, Man Laksa, Zombie Kampung Pisang dan banyak lagi.
Selain karya yang telah siap ditayangkan, Allahyarham juga telah menjalani penggambaran sebuah rancangan masakan terbitan Astro Gempak yang turut menampilkan anaknya, Adam Khalid iaitu Warung Pak Jabit.
BACA: "Filem Kegemaran Keluarga, Vibes P. Ramlee, Watak Pembantu Jadi Hero" - Netizen Terkenang Karya-Karya Mamat Khalid, Terima Kasih
Program masakan yang diarahkan sendiri oleh Allahyarham itu menampilkan perbezaan apabila beliau sendiri tampil memasak di hadapan kamera berbanding penglibatannya yang hanya di belakang tabir sebelum ini.
Difahamkan, penggambaran Warung Pak Jabit berkonsepkan sketsa dengan latar belakang Kampung Pisang telah menjalani penggambaran pada September lalu selama dua minggu, dan dijadualkan menemui penonton pada Ramadan akan datang.
Selain Mamat dan Adam, program masakan 15 episod berdurasi 30 minit di bawah Gempak Original Series itu juga akan menampilkan barisan pelakon Kampung Pisang yang diminati ramai.
Antara menu yang dimasak dalam program berkenaan adalah Nasi Lemuni, Tempoyak Kacau, Pulut Panggang dan banyak lagi menu tradisional yang semakin dilupakan cara penyediaannya.
Terdahulu, Allahyarham Mamat Khalid disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi di Hospital Slim River, Perak akibat serangan jantung.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.
Dapatkan berita terkini, mudah & cepat, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi bintang kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.