gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Jaga Adab & Sensitiviti" - Dr Zubaidi Tegur Pempengaruh Tayang Aksi Bermanja Dengan Anjing K9
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
HIBURAN
“Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Aliff Aziz Ulas Hubungan Rapat Bella Astillah & Syed Saddiq
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Penampilan Makin Langsing, Haiza Tepis Dakwaan Buat Pembedahan Bariatrik - “Saya Pegang Nasihat Arwah Rohana Jalil Agar…”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
15/05/2025
12:50 MYT
Sponsor Banner
Penampilan Makin Langsing, Haiza Tepis Dakwaan Buat Pembedahan Bariatrik - “Saya Pegang Nasihat Arwah Rohana Jalil Agar…”
Penyampai radio, Haiza Hanafi menepis dakwaan dia menjalani rawatan bariatrik atau pembedahan usus sebagai kaedah pantas untuk menurunkan berat badan.

Ingat Pesanan Rohana Jalil

Menurut Haiza, dia berpegang pada nasihat penyanyi, Allahyarham Rohana Jalil agar tidak mengubah wajah atau tubuh melalui pembedahan seperti potong usus.
“Berat saya turun tidak banyak pun, dulu 67kg sekarang sekitar 63kg, saya sasar untuk cecah 60kg.

“Saya tak boleh kurus sangat sebab risau muka nampak terlalu kecut nanti. Syukur sekarang rasa lebih sihat.

“Bagi selebriti lain mengambil jalan pintas, itu pilihan mereka, mungkin sebab faktor kesihatan.

“Saya pegang kata-kata Allahyarham Rohana Jalil menasihatkan agar saya tidak melakukan apa-apa pada muka dan badan. Jangan buat pembedahan potong usus atau sebagainya,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Haiza yang juga pelantun lagu Dag Dig Dug itu berkata, selain gaya hidup sihat, pemakanan juga menjadi faktor dalam menurunkan berat.

“Isu ini boleh kacau mental, jadi saya cuba amalkan gaya hidup sihat dengan berjalan. Berjalan adalah perkara paling mudah nak buat.

“Suami ada menasihatkan makanan juga menyumbang kepada pertambahan berat badan, jadi saya kena jaga.
“Saya menyukat juga makanan saya dan kurangkan gula dalam minuman,” kongsinya lagi.
Topic Berkaitan
#Haiza
#Langsing
#Bariatrik
#Usus
#Penampilan
#Nafi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement