gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aril Pilus Cabar Diri Anjurkan Konsert Muzik Kita!, Angkut Butterfingers, Nosstress & Monoloque - "Awalnya Agak Kabur Sebab Saya Juga Selebriti Tapi ..."
VIRAL
Sistem AI Kenderaan Elektrik Sangka Pemandu Mengantuk Kerana Saiz Mata Kecil
BERITA
Pemuda Taiwan Hilang Kaki Gara-Gara Tipu Insurans
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Pemuda Taiwan Hilang Kaki Gara-Gara Tipu Insurans

Gempak
Gempak
26/06/2025
16:00 MYT
Sponsor Banner
Pemuda Taiwan Hilang Kaki Gara-Gara Tipu Insurans
Seorang lelaki di Taiwan berdepan nasib malang apabila kedua-dua kakinya terpaksa dipotong selepas merendamnya dalam ais kering selama 10 jam semata-mata untuk menipu syarikat insurans.
Mangsa dikenali sebagai Zhang, seorang pelajar universiti di Taipei didapati merancang penipuan itu bersama bekas rakan sekolah menengahnya, Liao bagi mendapatkan pampasan daripada lima syarikat insurans.
Antara tahun 2005 hingga Januari 2023, Zhang telah membeli polisi daripada lima syarikat berbeza meliputi lapan jenis perlindungan, termasuk insurans kesihatan, nyawa, kemalangan, penjagaan jangka panjang dan perjalanan.
Pada 26 Januari 2023, Zhang dan Liao membeli ais kering di Bandar Baru Taipei sebelum pulang ke kediaman Liao di Daerah Zhongshan, Taipei.
Zhang kemudian merendam kakinya yang tidak beralas ke dalam baldi berisi ais kering manakala Liao mengikatnya pada kerusi menggunakan tali plastik bagi mengelak dia menarik diri sekiranya tidak tahan menanggung kesakitan.
Zhang menahan derita dari jam 2 pagi hingga tengah hari, selama 10 jam, sambil tindakan itu didokumentasikan Liao menerusi gambar dan rakaman video.
Dua hari kemudian, Zhang mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Memorial Mackay, di mana dia disahkan mengalami radang dingin tahap keempat, kerosakan tulang, jangkitan darah dan kerosakan otot yang serius hingga menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong dari bawah betis.
Mereka mendakwa kepada syarikat insurans kononnya Zhang mengalami radang dingin selepas menunggang motosikal lewat malam.
Mereka itu membuat tuntutan berjumlah AS$1.4 juta (RM6.6 juta) di bawah lapan polisi daripada lima syarikat.
Namun, hanya satu syarikat membayar AS$8,000 (RM38,000) manakala empat lagi mengesan percanggahan dan menolak tuntutan tersebut sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Zhang dan Liao kemudiannya didakwa atas pertuduhan menipu dan mencederakan diri sendiri secara sengaja hingga menyebabkan kecederaan serius.
Pada 20 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Taiwan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada Zhang, namun diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman. Liao pula dihukum penjara enam tahun selepas didapati sebagai dalang utama.
Mahkamah memutuskan bahawa Zhang telah menanggung kesakitan luar biasa dan telah menyelesaikan tuntutan dengan beberapa syarikat insurans manakala Liao tidak menunjukkan sebarang usaha berdamai.
Kes itu mencetuskan kemarahan ramai di media sosial.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Taiwan
#Hilang
#Kaki
#Pemuda
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement