VIRAL
Pempengaruh Dedah Lahirkan Anak Ke-13, Elon Musk Balas Emoji
Seorang pempengaruh mendakwa telah melahirkan anak ke-13 individu terkaya dunia, Elon Musk.
Pendedahan tersebut dibuat Ashley St Clair menerusi perkongsian di media sosial X.
Menurut wanita berusia 23 tahun itu dia telah selamat melahirkan anak ke-13 Musk sekitar lima bulan lalu.
“Lima bulan lalu saya telah melahirkan seorang anak. Elon Musk adalah ayahnya,” cuit St Clair di X seperti dilaporkan DailyMail.uk.
St Clair mengatakan terpaksa membuat pendedahan ini untuk ‘menjaga keselamatan’ anaknya daripada media massa.
“Saya tidak mendedahkan telah melahirkan bayi Musk sebelum ini kerana mahu menjaga privasi. Namun sejak kebelakangan ini media massa mula menceroboh privasi kami.
“Saya tidak mahu dia disakiti. Saya hanya mahu anak ini hidup dan membesar dengan selamat serta persekitaran yang baik. Jadi saya lakukan pendedahan ini,” ujar St Clair lagi.
Selepas pendedahan dibuat, Musk hanya memberi emoji menangis dan ketawa saat ditanya pengguna X mengenai kelahiran anak ke-13nya itu.
Musk, 56, sebelum ini diketahui sekurangnya memiliki 12 orang anak yang dilahirkan daripada tiga wanita berbeza iaitu Justine Wilson, Claire Elise Boucher AKA Grimes, dan Shivon Zilis.
Must-Watch Video